Berita Viral
Ayam berkeliaran depan kedai di Johor, warga asing didakwa jadikan kawasan premis seperti ‘mini petting zoo’
Oleh AZIM SAID
JOHOR 22 Jun - Satu hantaran tular di media sosial mengundang perhatian netizen selepas memaparkan beberapa ekor ayam berkeliaran di kawasan premis didakwa dipelihara warga asing di sebuah lokasi di Johor.
Menerusi hantaran tersebut, pengguna media sosial mendakwa kawasan berkenaan seolah-olah dijadikan seperti “mini petting zoo” apabila haiwan peliharaan dibiarkan bergerak bebas berhampiran premis perniagaan dan laluan kenderaan.
Dalam rakaman yang dikongsi, kelihatan beberapa ekor ayam berada di tepi jalan serta kawasan hadapan kedai.
Hantaran itu turut mendakwa budaya memelihara haiwan seperti ayam, lembu dan kambing di kawasan rumah kedai sebelum ini pernah berlaku di Selayang dan kini dikatakan mula merebak ke Johor.
Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian serta dakwaan yang dibuat masih belum dapat dipastikan.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meminta pihak berkuasa tempatan menyemak perkara itu, terutama dari sudut kebersihan, keselamatan pengguna jalan raya dan keselesaan orang awam.
Seorang pengguna, Anishafirin Zubir, meminta individu yang memuat naik hantaran supaya menyatakan lokasi lebih tepat bagi memudahkan tindakan diambil.
“Ingat Johor nie besarnya macam Selayang kot, yang kata Johor tu kat mana tempat?” katanya.
Sementara itu, Rezhuan Sirat pula menyifatkan isu berkenaan tidak wajar dipandang ringan sekiranya benar haiwan dibiarkan berkeliaran di kawasan premis perniagaan.
“Rata-rata ada Johor hingga ke Perlis sebab tidak ada penempatan khas untuk pelarian. Pelancong yang datang pun tengok cacamerba negara ni. Macam tiada undang-undang,” tulisnya.
Sementara itu, Sally Bie pula menyuarakan kebimbangan terhadap aspek kebersihan sekiranya haiwan dibiarkan berkeliaran di kawasan premis perniagaan.
“Pengotor betul, nanti mengundang penyakit,” komennya.
Dalam masa sama, ada juga netizen yang menggesa orang ramai tidak membuat tuduhan melulu terhadap mana-mana kumpulan tanpa pengesahan rasmi.
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung lokasi kejadian disaran membuat aduan terus kepada pihak berkuasa berkaitan supaya pemeriksaan dapat dijalankan.
Berita berkaitan
June 22, 2026, 10:53 am
'Tak sayang nyawa' - Remaja lakukan aksi 'wheelie ekstrem' undang kecaman netizen
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
