Berita Viral
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 11 Jun - Tular di media sosial apabila satu hantaran memaparkan dua warga asing sedang mengisi botol dengan minyak paket.
Di dalam almari di belakang individu terbabit terdapat jumlah minyak paket yang banyak diletakkan.
Menerusi hantaran tersebut, pengguna media sosial mempersoalkan bagaimana individu berkenaan boleh mendapatkan paket minyak masak subsidi sebanyak itu, sedangkan rakyat tempatan sendiri didakwa sukar mendapat bekalan.
“Nak tanya, warga Myanmar ni beli beratus paket minyak masak subsidi guna aplikasi? Kita nak dapat satu paket pun susah,” tulis kapsyen pada video berkenaan.
Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi.
Fiqah Niya mendakwa rakyat tempatan perlu melalui proses tertentu untuk membeli minyak subsidi.
“Rakyat nak beli siap minta IC, guna aplikasi, warga asing senang-senang je,” komennya.
Mohd Faizal Kacet menyifatkan warga asing lebih mudah mendapat manfaat ketika berada di Malaysia.
“Jadi orang asing lagi untung duduk Malaysia ni,” tulisnya.
Azman Riz pula mendakwa minyak subsidi sukar diperoleh walaupun pembelian dibuat menggunakan aplikasi.
“Dalam setahun beli minyak subsidi baru dua kali, Walaupun ada aplikasi, pergi kedai je habis," ujarnya.
AJoe Ribut meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa pembelian minyak paket rakyat tempatan dikenakan had.
Kita nak beli minyak macam pendatang pulak, kena imbas qr, ada limit satu atau dua je,” komennya.
Amanda Lubis mempersoalkan bagaimana individu terbabit didakwa memperoleh minyak paket dalam jumlah banyak.
“Amboi banyaknya dia dapat minyak paket, kita nak satu paket je susah nak dapat,” ujarnya.
Sehubungan itu, orang ramai berharap pihak berkuasa dapat membuat semakan terhadap dakwaan tersebut, termasuk memastikan penjualan minyak masak subsidi mematuhi peraturan ditetapkan agar tidak berlaku penyalahgunaan.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
