Berita Viral
'Ada yang tengah main bola lagi' - Penduduk berang warga asing selamba lapah kambing tengah padang, belakang rumah
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 3 Jun - Beberapa pengguna media sosial menzahirkan kemarahan mereka terhadap kejadian penyembelihan kambing oleh warga asing di kawasan awam, yang tular baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, warga asing tersebut dilihat ingin melapah kambing tersebut di kawasan sebuah padang sebelum ditegur penduduk berhampiran.
Tindakan ini merisaukan penduduk kerana bau dan sisa penyembelihan boleh mencemar kawasan awam serta menjejaskan kebersihan persekitaran.
Tindakan sambil lewa ini memberi pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.
Seorang pengguna media sosial, Jull Reacher, menggesa tindakan bersama penduduk setempat.
"Cuba la satu taman kampung sepakat halau puak haram ni," katanya.
Seorang lagi pengguna, Shaharuddin Abdullah, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan itu.
"Rohingya ni tak boleh bagi muka lama, naik lemak," tulisnya
Beberapa komen, dari pengguna Matt Sangsaka Utara, turut mengkritik tindakan itu.
"Padan muka korang, husnuzon sangat dgn bangsa haram jadah nih," tulisnya.
Selain itu, beberapa penduduk Mohd Saufi, menekankan keperluan tindakan daripada pihak berkuasa.
"Ikut sedap dia je kat padang bola pun jadi, sepatutnya dah tular ni kerajaan ambik lah tindakan," tulisnya.
Warganet lain, termasuk Diana Mohamad dan Md Hanafi, turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kebersihan dan sikap individu yang terbabit.
Kejadian ini mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, dengan banyak pihak menyeru agar tindakan tegas diambil untuk mengelakkan insiden seumpama ini daripada berulang.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
