Berita Viral
Lelaki dipercayai pemegang kad UNCHR langgar kenderaan orang awam, mangsa terpaksa tanggung rugi
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 4 Jun – Kemalangan antara seorang lelaki dipercayai pemegang kad UNHCR dan kenderaan orang awam mengundang kemarahan orang ramai apabila individu tersebut didakwa menunggang motosikal tanpa lesen yang sah.
Perkongsian mengenai kejadian itu di media sosial menerima ratusan komen dan perkongsian, dengan ramai pengguna meluahkan rasa tidak puas hati terhadap insiden berkenaan yang didakwa menyusahkan pengguna jalan raya lain.
Menurut hantaran tersebut, individu terbabit dipercayai memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan didakwa menggunakan motosikal yang dipinjam.
Ketiadaan lesen menunggang motosikal menyebabkan orang awam tersebut terpaksa mengurus laporan polis, menghantar ke bengkel dan menuntut insurans sendiri.
Susulan itu, warganet menggesa tindakan lebih tegas diambil oleh pihak berkuasa bagi memastikan semua individu yang berada di negara ini mematuhi undang-undang sedia ada.
Seorang pengguna, Muhammad Najib, berkata tidak seharusnya melindungi pihak yang melakukan kesalahan tersebut.
“Tutup mata tutup nama buat apa, bukan rakyat tempatan pun nak lindung. Ni Rohingya, tak perlu nak jaga sangat,” katanya.
Seorang lagi pengguna, Nasir Rahman, menggesa operasi penguatkuasaan berskala besar dijalankan terhadap pemegang kad UNHCR yang didakwa melanggar peraturan.
“Operasi besar-besaran membenteras pendatang asing UNHCR ini harus dilaksanakan,” katanya.
Nada sama turut disuarakan pengguna dikenali sebagai Su Ana yang berpendapat kejadian seumpama itu hanya menyusahkan orang ramai.
“Kan dah menyusahkan orang je,” katanya.
Sementara itu, Wak Blade mempersoalkan keistimewaan yang didakwa dinikmati sesetengah warga asing berbanding rakyat tempatan yang perlu memenuhi syarat tertentu sebelum dibenarkan menunggang motosikal.
“Kita rakyat Malaysia nak naik moto kena lesen dan bayar. Mereka ni hanya guna sekeping kad itu sahaja boleh buat apa sahaja,” katanya.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa berhubung insiden yang tular itu.
Namun, orang ramai berharap inisiatif yang akan dilaksanakan bagi mengurangkan pelarian di negara ini bagi mengelak kejadian sebegini berulang.
Berita berkaitan
July 24, 2026, 5:24 pm
Subuh-subuh masuk premis, Kelibat lelaki pecah masuk kedai di Pulai dirakam CCTV
July 24, 2026, 5:18 pm
Tular lelaki tengking warga emas, netizen elak komen faham 'burnout' jaga ibu bapa tua
July 24, 2026, 2:54 pm
'Nasib sempat brek’ — Dashcam wanita rakam detik cemas kanak-kanak cuba melintas jalan
July 24, 2026, 10:50 am
Pendatang asing didakwa berniaga sirih, berkumpul minum di tempat awam cetus kebimbangan netizen
July 23, 2026, 7:38 pm
Tegur anjing buang najis depan sekolah, penduduk dakwa diacu dengan gergaji
July 23, 2026, 3:53 pm
Pesakit sesak nafas lari dari bayar lepas dapat rawatan dari klinik
July 23, 2026, 11:51 am
Cucu jadi hero bantu datuk pitam depan lif
July 23, 2026, 11:16 am
Rawatan dah diberi, pesakit asma didakwa ‘lesap’ sebelum buat bayaran di klinik swasta
July 23, 2026, 10:28 am
Lelaki lari dimaki wanita lepas gesel kemaluan dalam LRT
July 22, 2026, 6:01 pm
