Berita Viral
'Fikirlah nyawa orang lain' - Tular pemandu bas cuba lawan mengantuk dalam perjalanan Ipoh ke Seremban
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR, 11 Jun – Satu rakaman video yang dimuat naik oleh seorang penumpang tular di media sosial selepas mendakwa sebuah bas ekspres dipandu secara berbahaya ketika dalam perjalanan dari Ipoh ke Seremban.
Menerusi perkongsian tersebut, penumpang berkenaan mendakwa bas yang dinaikinya bertolak sekitar jam 11.25 malam sebelum pemanduan yang mencetuskan kebimbangan berlaku kira-kira jam 3 pagi.
Menurut individu itu, bas berkenaan beberapa kali dibunyikan hon oleh kenderaan lain termasuk lori, menyebabkan rasa takut dan trauma sepanjang perjalanan.
“Bila tanya pemandu dia cakap okay, tapi beberapa kali dah kena hon dengan bas dan lori. Sumpah sangat trauma. Harap benda macam ni tak jadi lagi, kesian penumpang lain,” tulisnya.
Rakaman yang dimuat naik menunjukkan suasana di ruang pemandu, di mana pemandu kelihatan menggerakkan badannya didakwa cuba untuk menghilangkan mengantuk.
Susulan tularnya video berkenaan, ramai netizen menyuarakan kebimbangan mengenai faktor keletihan pemandu yang boleh mengundang risiko kemalangan.
Seorang pengguna media sosial, ahmadfikri2956, berpendapat pemandu mungkin berdepan masalah mengantuk dan tidak mempunyai pemandu gantian.
“Saya jujur la kalau saya bawa lori dan jalan lengang, saya akan buat macam ni atau bangun duduk untuk hilangkan mengantuk.
"Kalau bas mungkin bahaya sebab ada penumpang. Kalau betul-betul tak tahan, parking di R&R dan tidur.
"Saya rasa dia mengantuk, tak ada pemandu gantian dia.” komennya.
Menjawab komen tersebut, pemilik hantaran memaklumkan sebenarnya terdapat pemandu kedua di dalam bas berkenaan.
“Ada pemandu kedua tapi entah la tidur. Takkan tak perasan, kebanyakan penumpang nampak cara dia memandu sebab banyak kali kena hon," katanya.
Seorang lagi pengguna, sitia.minah955, menegaskan bahawa pemandu yang mengantuk sepatutnya berhenti berehat demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
“Mengantuk baik berhenti, elakkan kemalangan. Jangan teruskan.”
Dalam pada itu, seorang netizen, b4baa_ lain turut menggesa pihak pengurusan syarikat pengangkutan tersebut supaya lebih peka terhadap kebajikan pemandu serta aspek keselamatan penumpang.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak syarikat pengendali bas mahupun pihak berkuasa berhubung dakwaan yang tular itu.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
