Berita Berita
PRN Johor: Dua Ahli Parlimen jadi calon PH, Dr Maszlee di Puteri Wangsa
TANGKAK 23 Jun - Dua Ahli Parlimen dan bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik antara nama yang diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 pada 11 Julai ini.
Pengumuman senarai 56 calon PH itu dibuat oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon PH di Bukit Gambir, di sini, malam ini.
Dua Ahli Parlimen yang diberi kepercayaan bertanding ialah Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar di DUN Senggarang.
Maszlee pula dicalonkan untuk bertanding di DUN Puteri Wangsa.
Turut dicalonkan semula ialah dua bekas Exco Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar di Semerah dan Dzulkefly Ahmad di Kota Iskandar.
PH turut mempertaruhkan beberapa muka baharu termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad di Kempas serta Ketua Penerangan PKR Johor, Mohd Fakharuddin Moslim di Pasir Raja.
Selain itu, antara muka baharu yang disenaraikan ialah Noraziah Mohd Razit (Buloh Kasap), Jalex Lee En Xiang (Pemanis), Tay Yok Jiuen (Bekok), Mohd Nor Mohd Yusof (Gambir), Mohd Afif Abd Hamid (Kemelah) dan Ayna Soraya Badaruddin (Sungai Balang).
Beberapa calon turut bertukar kawasan apabila Elia Nadira Sabudin berpindah dari DUN Bukit Pasir ke Tenang, manakala Muhammad Taqiuddin Che Man dari Mahkota ke Maharani.
Dalam pada itu, PH mengekalkan beberapa penyandang kerusi antaranya Ee Chin Li di Tangkak, Ng Yak Howe di Bentayan dan Ir. Nazri Abdul Rahman di Simpang Jeram.
Turut diumumkan sebagai calon ialah Danish Hossman Abd Rahman (Johor Lama), Mohd Sawaludin Salleh (Penawar), Faizul Abdul Ghani (Tanjung Surat), Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram), Lee Wern Yiing (Johor Jaya) dan Teo Siew Hui (Permas).
PRN Johor kali ini menyaksikan PH mempertaruhkan gabungan muka lama, penyandang serta calon baharu dalam usaha memperkukuhkan kedudukan gabungan itu di negeri berkenaan.
Berita berkaitan
June 23, 2026, 10:34 am
SPAN tidak tolak wujud pelanggaran SOP dalam insiden pelajar 'intern' lemas dalam kolam tangki
June 23, 2026, 10:25 am
Polis buru lelaki menyamar anggota keselamatan bawa senjata tiruan di Kepong
June 23, 2026, 9:48 am
Polis tahan lelaki tiba-tiba tumbuk muka bekas isteri depan anak
June 23, 2026, 9:30 am
Kerajaan teliti kaedah baharu lebih adil ganti pengelasan B40, M40 dan T20
June 22, 2026, 10:41 pm
Pelajar Tingkatan Satu parah terjatuh dari bangunan sekolah di Ipoh
June 22, 2026, 10:23 pm
Johor terima RM14.6 bilion di bawah Anwar, dakwaan dianaktirikan tidak benar - Saifuddin
June 22, 2026, 6:20 pm
LRT3 Shah Alam mula beroperasi Ahad ini – Anthony Loke
June 22, 2026, 6:04 pm
Tak tahan tekanan politik, Perdana Menteri Britain letak jawatan
June 22, 2026, 5:52 pm
