Berita Berita
Pelajar Tingkatan Satu parah terjatuh dari bangunan sekolah di Ipoh
IPOH 22 Jun - Seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah di daerah Kinta dilaporkan parah selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sekolah dalam kejadian pada tengah hari Isnin.
Mangsa yang kini berada dalam keadaan kritikal sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.
Perkara itu dimaklumkan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah menerusi satu hantaran di Facebook.
Menurut beliau, kejadian itu berlaku pada tengah hari sebelum mangsa dikejarkan ke HRPB untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
“Petang ini saya dikejutkan dengan pemakluman tentang kejadian seorang pelajar terjatuh dari bangunan, selesai urusan mesyuarat saya bergegas ke Unit Kecemasan HRPB Ipoh bagi mendapat makluman awal tentang kejadian yang berlaku pada tengah hari tadi.
“Saya sempat berbual dengan kedua-dua ibu bapa mangsa dan menyatakan segala rasa simpati kepada keluarga yang terlibat,” katanya.
Turut hadir bertemu keluarga mangsa di HRPB ialah Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Azam Ahmad.
Dalam perkembangan sama, Khairudin berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berkaitan dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah diminta menyediakan laporan penuh berhubung kejadian itu.
Beliau turut mengarahkan semua pengurusan sekolah di negeri ini supaya sentiasa peka terhadap aspek keselamatan dan keadaan persekitaran bagi mengelakkan insiden seumpamanya berulang.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Berita berkaitan
June 22, 2026, 10:23 pm
Johor terima RM14.6 bilion di bawah Anwar, dakwaan dianaktirikan tidak benar - Saifuddin
June 22, 2026, 6:20 pm
LRT3 Shah Alam mula beroperasi Ahad ini – Anthony Loke
June 22, 2026, 6:04 pm
Tak tahan tekanan politik, Perdana Menteri Britain letak jawatan
June 22, 2026, 5:52 pm
Tak perlu ambil cuti lagi, JPJ BTS kini dibuka hingga 10 malam setiap hari - Anthony Loke
June 22, 2026, 4:15 pm
'Saya tidak untung pun dengan SOP ini' - Khairul Aming pertahan SOP bayi demi keselamatan
June 22, 2026, 3:15 pm
Syed Saddiq selamatkan abang hampir lemas dibawa arus kuat di Bali
June 22, 2026, 3:03 pm
BERSAMA sah tanding 15 kerusi DUN pada PRN Johor
June 22, 2026, 2:34 pm
MUDA umum tiga lagi calon PRN Johor, tampilkan barisan berteraskan khdimat dan pengalaman
June 22, 2026, 2:30 pm
