Berita Berita
Johor terima RM14.6 bilion di bawah Anwar, dakwaan dianaktirikan tidak benar - Saifuddin
TANGKAK 22 Jun - Pakatan Harapan (PH) menolak dakwaan bahawa Johor tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan dengan menegaskan negeri itu menerima peruntukan pembangunan yang lebih tinggi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semakan dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri mendapati Johor kini menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM14.6 bilion berbanding RM10.2 bilion sebelum Anwar menerajui kerajaan.
“Ini menunjukkan dakwaan Johor diabaikan adalah tidak berasas. Kalau ada mengatakan Johor tidak mendapat peruntukan yang sewajarnya kita jawab dengan fakta.
“Apabila semak dengan ICU, Johor menerima RM10.2 bilion. Apabila beliau menjadi Perdana Menteri, jumlah itu meningkat kepada RM14.6 bilion,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PH bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bukit Gambir, di sini, malam ini.
Menurut beliau, angka tersebut perlu dijadikan sandaran oleh jentera PH untuk menjawab dakwaan berhubung isu peruntukan pembangunan sepanjang kempen PRN nanti.
Dalam pada itu, Saifuddin turut menjawab kritikan berhubung kelewatan pelaksanaan beberapa projek pembangunan utama termasuk Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura.
Katanya, projek sepanjang enam kilometer yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands itu telah diumumkan sejak era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, namun berdepan pelbagai isu yang menghalang pelaksanaannya pada beberapa pentadbiran selepas itu.
“Di bawah Kerajaan MADANI, pelbagai isu termasuk berkaitan tanah dan perancangan berjaya diselesaikan sehingga projek ini dijadualkan beroperasi pada hujung tahun ini.
“Kita tidak melambatkan pembangunan. Sebaliknya, kita yang menyelesaikan masalah dan memastikan projek itu dapat direalisasikan,” katanya.
Beliau turut mengingatkan jentera parti supaya terus memberi tumpuan kepada isu yang dibangkitkan pihak lawan dan menjawabnya berasaskan data serta fakta yang sahih.
Berita berkaitan
June 22, 2026, 10:41 pm
Pelajar Tingkatan Satu parah terjatuh dari bangunan sekolah di Ipoh
June 22, 2026, 6:20 pm
LRT3 Shah Alam mula beroperasi Ahad ini – Anthony Loke
June 22, 2026, 6:04 pm
Tak tahan tekanan politik, Perdana Menteri Britain letak jawatan
June 22, 2026, 5:52 pm
Tak perlu ambil cuti lagi, JPJ BTS kini dibuka hingga 10 malam setiap hari - Anthony Loke
June 22, 2026, 4:15 pm
'Saya tidak untung pun dengan SOP ini' - Khairul Aming pertahan SOP bayi demi keselamatan
June 22, 2026, 3:15 pm
Syed Saddiq selamatkan abang hampir lemas dibawa arus kuat di Bali
June 22, 2026, 3:03 pm
BERSAMA sah tanding 15 kerusi DUN pada PRN Johor
June 22, 2026, 2:34 pm
MUDA umum tiga lagi calon PRN Johor, tampilkan barisan berteraskan khdimat dan pengalaman
June 22, 2026, 2:30 pm
