TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan isytihar 'perang' terhadap mat remput dan tonto, penjara 5 tahun, denda sehingga RM50,000 menanti pesalah - Anthony

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 23 Jun - Kerajaan mencadangkan hukuman lebih berat terhadap pelumba haram dan individu yang terlibat dalam kegiatan Tonto menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pindaan itu merupakan antara langkah paling tegas pernah diperkenalkan bagi memperkukuh penguatkuasaan undang-undang jalan raya serta menangani aktiviti yang mengancam keselamatan awam.

Menurut beliau, seksyen baharu 42A diperkenalkan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap individu yang berlumba atau menduga kelajuan di jalan awam tanpa perlu menunggu sehingga berlaku kemalangan atau kehilangan nyawa.

“Pesalah kali pertama boleh dikenakan denda antara RM2,000 hingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun manakala pesalah berulang berdepan denda sehingga RM20,000 dan penjara maksimum lima tahun,” katanya ketika membentangkan RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 bagi bacaan kali kedua.

Pada masa sama, kerajaan turut memperkenalkan seksyen baharu 110B bagi membanteras kegiatan Tonto yang sering mengganggu dan menggagalkan operasi penguatkuasaan.

“Mana-mana individu yang menghalang, mengekori, mengganggu atau menyebarkan maklumat operasi penguatkuasaan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun,” katanya.

Anthony berkata, cadangan pindaan itu dibuat susulan ancaman berterusan terhadap anggota penguat kuasa termasuk insiden yang meragut nyawa pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Allahyarhamah Anisah Ali ketika operasi membanteras penyeludupan di Kelantan pada 2016.

“Jalan raya bukan tempat untuk berlumba dan penguat kuasa tidak boleh terus menjadi sasaran pihak yang cuba melindungi pesalah,” katanya.

+ - reset