Berita Berita
Kompaun trafik maksimum naik kepada RM500 – Anthony
KUALA LUMPUR 23 Jun - Kerajaan bercadang menaikkan had maksimum tawaran kompaun bagi pelbagai kesalahan trafik daripada RM300 kepada RM500 menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan memberi kesan pencegahan yang lebih besar terhadap pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa semua pesalah tidak akan dikenakan kadar kompaun maksimum secara automatik.
“Ini kerana jumlah sebenar kompaun masih bergantung kepada jenis dan tahap kesalahan.
“Kerajaan memberikan tempoh peralihan yang panjang sebelum pelaksanaan penuh bermula pada 1 Januari 2029,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 bagi bacaan kali kedua.
Antara kesalahan yang terlibat termasuk memandu tanpa lesen yang sah, gagal mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, tidak memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta beberapa kesalahan lalu lintas lain.
Menurut Anthony, semakan kadar kompaun itu bukan bertujuan meningkatkan hasil kerajaan, sebaliknya bagi memastikan hukuman yang dikenakan kekal relevan dengan keadaan semasa.
“Kesalahannya sama tetapi hukumannya perlu relevan dengan keadaan semasa supaya mempunyai kesan pencegahan yang lebih berkesan,” katanya lagi.
Berita berkaitan
June 23, 2026, 5:13 pm
Menteri Besar Johor dihalang masuk Felda serah geran hak milik peneroka
June 23, 2026, 5:07 pm
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan: Lumba haram, intip tonto boleh dipenjara lima tahun
June 23, 2026, 5:02 pm
Nahas tiga kenderaan di Jalan Kuching, penunggang wanita cedera parah di bahu
June 23, 2026, 4:12 pm
BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol RON95, Indeks Daya Saing Global IMD melonjak
June 23, 2026, 3:59 pm
Lebih 350 murid sertai Konvensyen Mega PKSK 2026, Sheikh Muszaphar kongsi formula kejayaan
June 23, 2026, 2:18 pm
Mufti Kelantan tegur peniaga bertudung peraga pakaian dalam di media sosial
June 23, 2026, 2:08 pm
Nahas lori, kereta terbakar cetus kesesakan teruk di Lebuhraya PLUS dekat Kulai
June 23, 2026, 2:01 pm
