Berita Berita
Lebih 350 murid sertai Konvensyen Mega PKSK 2026, Sheikh Muszaphar kongsi formula kejayaan
KUALA LUMPUR 23 Jun - Lebih 350 murid dari seluruh negara yang bakal menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) berhimpun dalam Konvensyen Mega PKSK 2026 bagi mendapatkan pendedahan awal dan persediaan menyeluruh untuk merebut tempat di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) serta Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Program yang berlangsung di Universiti Selangor (UNISEL) pada 20 dan 21 Jun lalu itu dianjurkan oleh Fly High Education Centre (FHEC) dan turut menampilkan Angkasawan Negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor sebagai penyampai motivasi utama.
Dalam sesi perkongsian khas bersama peserta, beliau berkongsi pengalaman dan perjalanan kejayaannya sehingga menjadi rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas.
“Kejayaan bukan tentang siapa yang paling bijak, tetapi siapa yang paling konsisten berusaha untuk mencapai impiannya,” katanya.
Konvensyen tersebut memberi pendedahan kepada peserta mengenai format PKSK, teknik menjawab soalan, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), strategi pembelajaran berkesan serta persediaan mental dan sahsiah yang diperlukan bagi menghadapi pentaksiran berkenaan.
Program itu turut menyaksikan pelancaran rasmi Buku Ledakan Dominasi Tingkatan 3 dan Buku Ledakan Ultra PKSK yang disempurnakan oleh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar yang juga Duta Rasmi FHEC.
Selain itu, buku UPKK Itu Mudah turut dilancarkan oleh penceramah motivasi terkenal, Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood bersama suaminya, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.
Peserta turut mengikuti sesi motivasi khas yang disampaikan oleh pasangan pendakwah berkenaan yang menyentuh aspek pembentukan sahsiah, disiplin dan kecemerlangan diri.
Sementara itu, Pengasas FHEC, Hajjah Wan Rafidah Wan Ali berkata, persediaan awal memainkan peranan penting kerana PKSK bukan sekadar menilai pencapaian akademik, malah menguji keupayaan murid untuk berfikir secara kritis, membuat penaakulan dan menyelesaikan masalah.
Menurut beliau, persaingan untuk memasuki MRSM dan SBP semakin sengit saban tahun, justeru murid perlu diberikan pendedahan yang tepat serta latihan yang sistematik.
“Justeru, murid perlu diberikan pendedahan yang tepat serta latihan yang sistematik agar mereka lebih bersedia, yakin dan mampu memberikan prestasi terbaik ketika menduduki PKSK,” katanya.
Berita berkaitan
June 23, 2026, 5:13 pm
Menteri Besar Johor dihalang masuk Felda serah geran hak milik peneroka
June 23, 2026, 5:07 pm
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan: Lumba haram, intip tonto boleh dipenjara lima tahun
June 23, 2026, 5:02 pm
Nahas tiga kenderaan di Jalan Kuching, penunggang wanita cedera parah di bahu
June 23, 2026, 4:13 pm
Kompaun trafik maksimum naik kepada RM500 – Anthony
June 23, 2026, 4:12 pm
BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol RON95, Indeks Daya Saing Global IMD melonjak
June 23, 2026, 2:18 pm
Mufti Kelantan tegur peniaga bertudung peraga pakaian dalam di media sosial
June 23, 2026, 2:08 pm
Nahas lori, kereta terbakar cetus kesesakan teruk di Lebuhraya PLUS dekat Kulai
June 23, 2026, 2:01 pm
