Berita Berita
BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol RON95, Indeks Daya Saing Global IMD melonjak
PUTRAJAYA 23 Jun – Pelaksanaan inisiatif bekerja dari rumah (BDR) dalam sektor awam terbukti membuahkan hasil yang signifikan apabila berjaya menjimatkan sebanyak RM5.98 juta subsidi petrol RON95, yang bersamaan dengan pengurangan penggunaan sebanyak 3.13 juta liter setakat ini.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan bahawa data positif tersebut direkodkan bermula daripada tarikh permulaan inisiatif iaitu pada 15 April lalu sehingga hari ini, sekali gus membantu hasrat kerajaan bagi mengurangkan implikasi bebanan kewangan ekoran krisis bekalan global.
Kemajuan data tersebut memperlihatkan peningkatan berbanding laporan pada 26 Mei lalu, yang mana impak penjimatan subsidi petrol RON95 pada ketika itu berada pada paras RM4.22 juta bersamaan 2.14 juta liter.
"Dalam Mesyuarat Kerajaan Digital yang saya pengerusikan pagi ini, saya turut dimaklumkan sistem pemantauan operasi tugas iaitu aplikasi SPOT-Me yang merekodkan kehadiran serta catatan tugasan harian telah berjaya berfungsi sebagai mekanisme kawalan digital bagi memastikan integriti perkhidmatan awam kekal terpelihara," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.
Selain perkembangan BDR, Shamsul Azri berkongsi berita gembira sektor pendigitalan negara apabila Malaysia kini diiktiraf berada pada kedudukan ke-13 dunia bagi faktor Infrastruktur Teknologi dalam laporan Indeks Daya Saing Global 2026 yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD).
Pencapaian terbaharu itu disifatkan sebagai satu lonjakan yang amat membanggakan berbanding kedudukan ke-25 yang direkodkan pada tahun lalu.
Melangkah ke hadapan, beliau menegaskan komitmen strategik kerajaan akan terus ditumpukan kepada usaha memperkukuh kedaulatan data domestik, adaptasi ekosistem Kecerdasan Buatan (AI) yang selamat, integrasi menyeluruh MyDigital ID, serta pemerkasaan sistem pentadbiran tanpa kertas (paperless) yang lebih dinamik demi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat berlandaskan aspirasi Malaysia MADANI.
Berita berkaitan
June 23, 2026, 5:13 pm
Menteri Besar Johor dihalang masuk Felda serah geran hak milik peneroka
June 23, 2026, 5:07 pm
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan: Lumba haram, intip tonto boleh dipenjara lima tahun
June 23, 2026, 5:02 pm
Nahas tiga kenderaan di Jalan Kuching, penunggang wanita cedera parah di bahu
June 23, 2026, 4:13 pm
Kompaun trafik maksimum naik kepada RM500 – Anthony
June 23, 2026, 3:59 pm
Lebih 350 murid sertai Konvensyen Mega PKSK 2026, Sheikh Muszaphar kongsi formula kejayaan
June 23, 2026, 2:18 pm
Mufti Kelantan tegur peniaga bertudung peraga pakaian dalam di media sosial
June 23, 2026, 2:08 pm
Nahas lori, kereta terbakar cetus kesesakan teruk di Lebuhraya PLUS dekat Kulai
June 23, 2026, 2:01 pm
