Berita Berita
Menteri Besar Johor dihalang masuk Felda serah geran hak milik peneroka
KLUANG 23 Jun – Pesta Sambutan Hari Peneroka Felda Negeri Johor 2026 baru-baru ini dicemari kontroversi apabila Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan beliau telah disekat dan dihalang daripada memasuki kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi menghadiri majlis penyerahan geran hak milik kepada warga peneroka.
Insiden sekatan tersebut telah mengakibatkan majlis yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Felda Ulu Belitong pada 20 dan 21 Jun lalu terpaksa dibatalkan secara mengejut sebelum dipindahkan ke Dewan Datuk Onn, Rumah Komuniti Sembrong di Taman Sri Lambak, hari ini.
"Sesungguhnya pada petang ini saya amat bersyukur kerana walaupun sepatutnya kita berjumpa dua hari lalu, diuji, disekat dan ditekan, namun dengan takdir Allah SWT kita tetap dapat berjumpa.
"Saya tertanya-tanya dan ternanti-nanti untuk berjumpa dengan satu kelompok yang kerajaan negeri anggap sebagai anak emas iaitu warga Felda," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Hak Milik Peneroka Felda tersebut.
Onn Hafiz menegaskan bahawa warga Felda sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hati pentadbiran negeri dan diiktiraf sebagai 'anak emas' Johor. Justeru, kerajaan negeri komited untuk terus memelihara kebajikan komuniti peneroka yang merangkumi keseluruhan 73 tanah rancangan di seluruh negeri.
Beliau bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya apabila dimaklumkan mengenai arahan larangan yang tidak membenarkan dirinya menjejakkan kaki ke kawasan Felda semata-mata untuk menyerahkan dokumen hak milik tanah kepada rakyat sendiri.
"Rupa-rupanya nak serahkan hak milik peneroka dalam kawasan Felda pun saya tidak dibenarkan masuk. Pertama kali dalam sejarah hidup saya di Johor, Menteri Besar tidak dibenarkan masuk ke kawasan Felda," ujarnya.
Meskipun melahirkan rasa kesal dengan tindakan drastik tersebut, Onn Hafiz menjelaskan beliau tidak meletakkan kesalahan itu di bahu pihak pengurusan Felda tempatan. Beliau percaya perbincangan dan jalan penyelesaian yang lebih matang masih boleh diusahakan demi memastikan kepentingan serta hak warga peneroka sentiasa diletakkan di hadapan.
Berita berkaitan
June 23, 2026, 5:51 pm
Lagi kes buli, murid menangis, rambut ditarik sebelum dibawa masuk bilik air
June 23, 2026, 5:07 pm
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan: Lumba haram, intip tonto boleh dipenjara lima tahun
June 23, 2026, 5:02 pm
Nahas tiga kenderaan di Jalan Kuching, penunggang wanita cedera parah di bahu
June 23, 2026, 4:13 pm
Kompaun trafik maksimum naik kepada RM500 – Anthony
June 23, 2026, 4:12 pm
BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol RON95, Indeks Daya Saing Global IMD melonjak
June 23, 2026, 3:59 pm
Lebih 350 murid sertai Konvensyen Mega PKSK 2026, Sheikh Muszaphar kongsi formula kejayaan
June 23, 2026, 2:18 pm
