Berita Berita
PRN Johor: Onn Hafiz pertahan DUN Machap, ditentang calon muda PH
JOHOR BAHRU 24 Jun – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi disahkan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang dijadualkan berlangsung pada 11 Julai ini.
Pengumuman tersebut dibuat beliau sendiri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor pada Majlis Pengumuman Calon BN di Pejabat UMNO Johor di sini, hari ini.
Sebagai rekod, Onn Hafiz memenangi kerusi DUN Machap pada PRN Johor 2022 dengan majoriti selesa 6,543 undi selepas meraih 11,029 undi dalam persaingan empat penjuru menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Azlisham Azahar; calon MUDA, R. Sangaran; dan calon Pejuang, Sharuddin Md Salleh.
Sebelum berhijrah ke Machap, beliau memulakan langkah dalam persada politik negeri dengan memenangi kerusi DUN Layang-Layang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018, menewaskan calon PKR, Murugan Muthu Samy dengan majoriti tipis 364 undi.
Bagi saingan kali ini, Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah mengesahkan akan mempertaruhkan calon muda, Nor Hafiz Roslan bagi mencabar penyandang kerusi tersebut. Pengumuman pertaruhan PH itu dibuat sendiri oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tangkak, Isnin lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Johor ke-16 adalah pada Sabtu ini (27 Jun), manakala hari pengundian awal ditetapkan pada 7 Julai sebelum hari mengundi tamat pada 11 Julai depan.
Berita berkaitan
June 24, 2026, 8:11 pm
Fadhlina buat laporan polis, dakwa jadi mangsa video AI fitnah
June 24, 2026, 6:47 pm
PRN Johor: BN pertaruh gabungan muka baharu, pemimpin berpengalaman di semua 56 DUN
June 24, 2026, 5:11 pm
Wanita trauma dakwa lelaki hulur ular dalam kereta, MBMB giat kesan suspek
June 24, 2026, 3:25 pm
'Content makan tuan', mahkamah arah Che’gu Bard bela diri kes fitnah Agong
June 24, 2026, 3:09 pm
Media sosial gagal patuh pengesahan umur berdepan denda hingga RM10 juta
June 24, 2026, 3:02 pm
Polis KL banteras curi kabel: 276 laporan diterima, rampasan bernilai RM629,000
June 24, 2026, 2:55 pm
