Berita Berita
Fadhlina buat laporan polis, dakwa jadi mangsa video AI fitnah
KUALA LUMPUR 24 Jun – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tampil membuat laporan polis susulan penyebaran sebuah video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa memfitnah serta mencemarkan reputasinya.
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyifatkan penyebaran video berkenaan sebagai satu tindakan berniat jahat yang bertujuan menjatuhkan maruah dan imej dirinya.
“Penyebaran video itu adalah berniat jahat dan cubaan untuk menjatuhkan kehormatan dan membunuh karakter saya.
“Laporan polis telah dibuat dan saya mahu pihak polis menjalankan siasatan serta mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Fadhlina turut menegaskan bahawa isu fitnah, pembunuhan karakter dan gangguan berbentuk seksual terhadap ahli politik wanita tidak boleh dipandang ringan serta perlu ditangani secara tegas.
Beliau menyeru semua pihak agar mengambil pendirian yang jelas dalam menolak sebarang bentuk fitnah, serangan peribadi dan pelecehan seksual yang menyasarkan wanita dalam arena politik.
Kenyataan itu dibuat susulan penularan video yang dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi AI, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap penyalahgunaan teknologi berkenaan untuk menyebarkan maklumat palsu dan merosakkan reputasi individu.
Berita berkaitan
June 24, 2026, 6:53 pm
PRN Johor: Onn Hafiz pertahan DUN Machap, ditentang calon muda PH
June 24, 2026, 6:47 pm
PRN Johor: BN pertaruh gabungan muka baharu, pemimpin berpengalaman di semua 56 DUN
June 24, 2026, 5:11 pm
Wanita trauma dakwa lelaki hulur ular dalam kereta, MBMB giat kesan suspek
June 24, 2026, 3:25 pm
'Content makan tuan', mahkamah arah Che’gu Bard bela diri kes fitnah Agong
June 24, 2026, 3:09 pm
Media sosial gagal patuh pengesahan umur berdepan denda hingga RM10 juta
June 24, 2026, 3:02 pm
Polis KL banteras curi kabel: 276 laporan diterima, rampasan bernilai RM629,000
June 24, 2026, 2:55 pm
