Berita Berita
'Content makan tuan', mahkamah arah Che’gu Bard bela diri kes fitnah Agong
KUALA LUMPUR 24 Jun - Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dua tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim Noor Ruwena Md Nurdin selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang sebelum ini melepaskan dan membebaskan Badrul Hisham, 47, di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah turut memerintahkan kes berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk prosiding pembelaan.
Semasa membacakan penghakiman, Noor Ruwena berkata, mahkamah berpuas hati terdapat keterangan yang menunjukkan kenyataan dikeluarkan bekas Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson itu adalah tidak benar dan tergolong sebagai fitnah.
Menurut beliau, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap responden, namun dapatan tersebut masih boleh dicabar pada peringkat pembelaan.
“Pada pandangan saya, ini merupakan undang-undang mantap untuk Mahkamah Tinggi campur tangan, jika ada kesilapan dari segi fakta dan undang-undang oleh mahkamah rendah.
“Di peringkat ini, beban pembuktian secara keterangan telah beralih kepada responden untuk mengemukakan penjelasan yang munasabah bagi menolak kes pendakwaan,” katanya.
Beliau berkata, mahkamah yang mendengar kes pembelaan kelak perlu menilai sama ada penjelasan yang dikemukakan tertuduh boleh dipercayai dan munasabah sehingga menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.
Dalam prosiding itu, Badrul Hisham diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali manakala pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faizal @ Amrin Noor Hadi.
Pada 29 April 2024, Badrul Hisham didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah dengan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kenyataan tersebut boleh merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara pada jam 6 petang, 22 Januari 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pada 4 November tahun lalu, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Badrul Hisham selepas Hakim Norma Ismail memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Berita berkaitan
June 24, 2026, 3:09 pm
Media sosial gagal patuh pengesahan umur berdepan denda hingga RM10 juta
June 24, 2026, 3:02 pm
Polis KL banteras curi kabel: 276 laporan diterima, rampasan bernilai RM629,000
June 24, 2026, 2:55 pm
Hina Agong di Facebook: Pengawal keselamatan dipenjara 8 bulan, denda RM50,000
June 24, 2026, 2:02 pm
Kes dompet tular: Dakwaan pulangkan wang RM10,000 diperincikan, suspek diberi jaminan polis
June 24, 2026, 1:45 pm
Guru kontrak didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar 13 tahun di hotel
June 24, 2026, 1:41 pm
Bekas jurutera IT didenda RM18,000 guna IC palsu tebus subsidi BUDI95
June 24, 2026, 1:39 pm
