Berita Berita
Ban pecah awal pagi: 32 rumah di Banting dinaiki air hingga hampir satu meter
KUALA LANGAT 25 Jun – Sebanyak 32 buah rumah di Taman Langat Utama 2, Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang, Banting, terjejas akibat banjir kilat selepas kejadian ban pecah di kawasan berhampiran, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 4.12 pagi.
Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi bagi memantau keadaan dan menghulurkan bantuan segera.
"Menurut laporan anggota bertugas di lokasi, banjir dikesan melanda kawasan perumahan terbabit dengan anggaran kedalaman air di antara 0.3 hingga 0.9 meter.
"Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada struktur ban yang pecah pada jarak kira-kira 800 meter dari kediaman penduduk, sekali gus menyebabkan limpahan air memasuki kawasan perumahan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan situasi itu, Ashrul Riezal berkata pihak bomba telah mengambil tindakan proaktif dengan menasihatkan kesemua penduduk yang terjejas supaya segera keluar dari kediaman masing-masing dan berpindah ke lokasi yang lebih selamat sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Setakat ini, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan sedang memantau rapi paras air serta perkembangan semasa di lokasi kejadian.
Berita berkaitan
June 25, 2026, 9:57 am
KPM ambil 8,042 guru baharu, 5,845 graduan IPG bakal ditempatkan Ogos ini
June 25, 2026, 9:16 am
Puad Zarkashi umum keluar UMNO, dakwa parti dikawal Istana
June 25, 2026, 9:04 am
Pelajar Tingkatan Dua meninggal dunia selepas rebah ketika latihan ragbi di Melaka
June 25, 2026, 8:26 am
Padah belanja wang majikan, wanita sanggup reka cerita kena ragut
June 25, 2026, 8:11 am
Wanita hilang selepas keluar temu duga, kereta ditemui di Padang Rengas
June 25, 2026, 8:04 am
Lewat umum calon PRN Johor: Asyraf Wajdi ulas isu baiah setia & tapisan ketat 56 calon BN
June 24, 2026, 8:11 pm
