TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama BN-PH demi kestabilan politik, sasar sapu bersih 36 kerusi DUN

By
|
Kongsi
image

JEMPOL 18 Julai – Kerjasama yang dizahirkan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan adalah berpasakkan kepada agenda untuk memastikan kestabilan politik di negeri tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, keutamaan kedua-dua gabungan tersebut ketika ini adalah untuk memastikan calon-calon mereka mencapai kemenangan di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

"Paling penting kita ada kesefahaman untuk memastikan semua tempat kita menang. Pertama, kita kempen secara berhemah dan fokus kepada apa yang kita nak tawarkan kepada rakyat.

"Rakyat Negeri Sembilan sama seperti di Johor, kita nak berikan yang terbaik dan paling penting asas kestabilan itu. Apabila kita lihat kesefahaman ini, ia menjadi teras kepada masyarakat Melayu-Islam, namun pada masa sama kita harus mengakui realiti Negeri Sembilan ini sebuah negeri pelbagai kaum dan agama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol selepas selesainya proses penamaan calon bagi kawasan DUN Serting, Palong, Jeram Padang, dan Bahau hari ini.

Proses penamaan calon di daerah Jempol itu menyaksikan pengumuman rasmi saingan sengit yang bakal berlaku di kawasan-kawasan berikut:

  • DUN Palong: Pertembungan tiga penjuru melibatkan penyandang kerusi, Datuk Mustapha Nagoor (BN) yang akan ditentang oleh Muhammad Zahin Zinal Abidin (PH) dan Rebin Birham (Bersatu).

  • DUN Jeram Padang: Penyandang kerusi, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN) bakal berdepan saingan sengit daripada G. Manivannan (PH), R. Sri Sanjeevan (Bersatu), dan Dayana Dal daripada Parti Orang Asli Malaysia.

  • DUN Bahau: Pertembungan satu lawan satu menyaksikan BN mempertaruhkan calon MCA, Chong Fui Ming untuk mencabar penyandang kerusi tersebut, Teo Kok Seong daripada PH.

+ - reset