Berita Berita
Kerajaan tidak boleh turunkan harga minyak sewenang-wenangnya, subsidi cecah RM40 bilion setahun – PM
BANGI 20 Julai — Kerajaan tidak boleh menurunkan harga minyak sewenang-wenangnya berikutan terpaksa menampung kos yang tinggi mencecah kira-kira RM40 bilion setahun bagi subsidi petrol dan diesel.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pada masa ini, harga petrol di Arab Saudi sendiri berada pada kadar sekitar RM2.40 hingga RM2.50 seliter, meskipun negara berkenaan merupakan antara pengeluar petroleum terbesar dunia yang mempunyai kapasiti pengeluaran yang besar.
“Tentang harga minyak, saya tengok dalam media sosial orang kata, ‘Anwar tak turun harga minyak’. Saya pun tidak faham. Ada yang kata harga sepatutnya turun sehingga 50 sen.
“Saya kata, ketika cadangan itu dibuat dahulu, harga petrol di Arab Saudi sekitar 50 sen seliter. Malaysia pula masih mengimport hampir 50 peratus keperluan petroleum kita, tetapi kita masih dapat menjual petrol pada harga RM1.90 seliter.
“Alhamdulillah. Tahukah saudara berapa subsidi yang kerajaan tanggung setiap tahun bagi petrol dan diesel? RM40 bilion setahun,” katanya semasa berucap pada Sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bersama warga perkhidmatan awam zon tengah di Universiti Islam Selangor di sini, hari ini.
Anwar menegaskan sekiranya harga bahan api berkenaan diturunkan lagi, kerajaan tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa menanggung bebanan hutang negara yang lebih tinggi.
Beliau turut mengingatkan rakyat bahawa setiap kali mereka mengisi minyak kenderaan, terdapat suntikan subsidi yang besar daripada pihak kerajaan bagi mengimbangi kos sara hidup.
“Setiap kali saudara mengisi minyak, terdapat suntikan subsidi daripada kerajaan. Keseluruhannya mencecah RM40 bilion setahun untuk petrol dan diesel.
“Orang boleh kata suruh turunkan lagi harga minyak. Tetapi siapa yang hendak membayarnya? Saya tidak mahu terus menambah hutang negara,” ujar beliau lagi.
Berita berkaitan
July 21, 2026, 10:56 am
Kes dadah di Kelantan turun 13 peratus, nilai rampasan meningkat kepada RM15.6 juta
July 21, 2026, 10:34 am
101 pelajar nyaris rentung, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar awal pagi
July 21, 2026, 10:20 am
MCMC sekat lebih 3 bilion SMS dan 2.5 bilion panggilan scam sejak 2022
July 21, 2026, 10:08 am
Lelaki menceroboh landasan punca perkhidmatan Laluan Shah Alam terganggu 30 minit
July 21, 2026, 10:05 am
'PH pun ada pemimpin Melayu-Islam' - Fahmi tegur KJ jangan keterlaluan
July 21, 2026, 9:06 am
Khairul Aming tuntut penjelasan Maxis, persoal bagaimana data peribadinya boleh bocor
July 20, 2026, 5:55 pm
