Berita Berita
PRN Negeri Sembilan: PH kesan perbuatan khianat bendera parti dibakar, pancang dirosakkan
SEREMBAN 20 Julai – Pakatan Harapan (HARAPAN) mendakwa menerima beberapa laporan berhubung kejadian merosakkan bahan kempen di beberapa kawasan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan menggesa semua pihak mengelakkan politik kebencian sepanjang tempoh berkempen.
Dalam kenyataan pada Isnin, Jabatan Pilihan Raya HARAPAN memaklumkan Bilik Gerakan Utamanya menerima laporan membabitkan pembakaran bendera parti di DUN Palong serta kerosakan pancang bendera dipercayai akibat perbuatan khianat di DUN Chembong.
Menurut kenyataan itu, HARAPAN berhak mengambil tindakan undang-undang sekiranya terbukti bahan kempen pilihan raya seperti poster, bendera atau sepanduk dirosakkan atau diturunkan oleh pihak tertentu.
Katanya, tindakan sedemikian boleh disiasat di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan perbuatan khianat.
Bagaimanapun, HARAPAN menegaskan bahawa setakat ini pihaknya tidak berniat menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung insiden tersebut.
Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya di bilik gerakan DUN yang terlibat telah dinasihatkan supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Dalam masa sama, HARAPAN menyeru semua pihak supaya tidak menjadikan perbuatan merosakkan bahan kempen sebagai budaya politik negara serta mengingatkan anggota dan jenteranya supaya tidak bertindak membalas provokasi yang mungkin dilakukan pihak tertentu.
Menurut kenyataan itu, hak untuk berpolitik dan berkempen dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan melalui peruntukan berkaitan kebebasan asasi dan hak politik.
"HARAPAN mengajak semua pihak memenangi hati rakyat melalui dasar serta polisi yang jelas, bukannya dengan politik khianat dan kebencian," menurut kenyataan itu.
Berita berkaitan
July 21, 2026, 10:56 am
Kes dadah di Kelantan turun 13 peratus, nilai rampasan meningkat kepada RM15.6 juta
July 21, 2026, 10:34 am
101 pelajar nyaris rentung, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar awal pagi
July 21, 2026, 10:20 am
MCMC sekat lebih 3 bilion SMS dan 2.5 bilion panggilan scam sejak 2022
July 21, 2026, 10:08 am
Lelaki menceroboh landasan punca perkhidmatan Laluan Shah Alam terganggu 30 minit
July 21, 2026, 10:05 am
'PH pun ada pemimpin Melayu-Islam' - Fahmi tegur KJ jangan keterlaluan
July 21, 2026, 9:06 am
Khairul Aming tuntut penjelasan Maxis, persoal bagaimana data peribadinya boleh bocor
July 20, 2026, 5:55 pm
