TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Tuan-tuan terlalu ramai', lelaki 'tendang' satu bas warga asing dari Kuala Muda ke KL

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 JULAI - Tular di media sosial sebuah video yang dipercayai seorang lelaki telah memindahkan sekumpulan warga asing dari Kuala Muda, Kedah ke Kuala Lumpur kerana mereka terlalu ramai.

Lelaki tersebut dilihat sedang berucap di dalam bahagian depan bas dan menjelaskan situasi sebenar mereka (warga asing) dihalau daripada Kuala Muda.

"Tuan-tuan, puan-puan tidak buat sebarang jenayah tapi tuan-tuan dah terlalu ramai.

"Dulu datang 12 biji rumah sekarang dah 33 buah biji rumah itu tak kira yang duduk luar lagi," katanya dalam video itu.

Video itu telah mencetuskan reaksi kurang senang orang ramai yang mempersoalkan kenapa mereka dibuang ke Kuala Lumpur dan bukannya negara asal.

"Wah macam itu sahaja dia pindahkan puak Rohingya dekat Kuala Lumpur, awal-awal dah cuci kawasan," kata seorang pengguna.

"Kenapa tak hantar terus dekat UNHCR Malaysia atau SUHAKAM bagi mereka jaga dan simpan dekat rumah masing-masing," ujar pengguna lain.

"Selesai ke masalah buat macam itu? Macam makin teruk saja. Sepatutnya keluar dari Malaysia bukan keluar dari Kedah," jelas pengguna lain yang tidak berpuas hati dengan insiden itu.

+ - reset