Berita Viral
Pura-pura beli barang, lelaki acu pistol rompak kedai serbaneka di KL
KUALA LUMPUR 28 JULAI - Suasana tenang di sebuah kedai serbaneka di Taman Wahyu, di sini, bertukar cemas apabila diserbu seorang lelaki bersenjatakan pistol dalam kejadian rompak awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.47 pagi itu, suspek yang memakai topi keledar berpura-pura inign membayar barangan diambil sebelum masuk ke kawasan kaunter bayaran.
Suspek kemudiannya mengacukan senjata menyerupai pistol ke arah pekerja kedai berkenaan bagi mengugut dan memaksanya menyerahkan wang tunai.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut, pekerja kedai yang ketakutan terpaksa mengikut arahan suspek dengan membuka mesin wang tunai.
Suspek dilihat mengambil kesemua wang tunai dari dalam mesin juruwang serta beberapa paket rokok sebelum memasukkannya ke dalam beg yang dibawa.
Sebelum melarikan diri, suspek sempat mengarah pekerja berkenaan supaya mendiamkan diri dan menolaknya dengan kuat.
Suspek dipercayai melarikan diri menaiki kenderaan yang diletakkan berhampiran.
Berita berkaitan
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
Sekumpulan warga asing disyaki pukul polis
July 27, 2026, 5:33 pm
Anjing diseret kereta sebelum lari, penduduk rayu bantuan cari haiwan cedera
July 27, 2026, 10:39 am
Netizen berang, wanita didakwa tendang anak kucing hingga melambung 3 meter Di RNR Risda
July 27, 2026, 10:04 am
'Tuan-tuan terlalu ramai', lelaki 'tendang' satu bas warga asing dari Kuala Muda ke KL
July 24, 2026, 5:24 pm
Subuh-subuh masuk premis, Kelibat lelaki pecah masuk kedai di Pulai dirakam CCTV
July 24, 2026, 5:18 pm
Tular lelaki tengking warga emas, netizen elak komen faham 'burnout' jaga ibu bapa tua
July 24, 2026, 2:54 pm
