Berita Viral
'Makan pasir', pelanggan, peniaga resort Pulau Kapas berang helikopter mendarat dekat restoran
MARANG 26 JULAI – Pelanggan dan pekerja sebuah restoran resort di Pulau Kapas di sini berang selepas sebuah helikopter didakwa mendarat serta berlepas terlalu hampir dengan kawasan pantai sehingga menyebabkan pasir berterbangan dan memasuki makanan serta minuman mereka.
Insiden berkenaan tular selepas tiga rakaman video dikongsikan oleh pengguna media sosial, Mohd Fadhil Mrg, yang memaparkan sebuah helikopter berada di pesisir pantai berhampiran resort tersebut.
Berdasarkan rakaman itu, putaran bilah helikopter menghasilkan tiupan angin kuat yang menyebabkan pasir pantai berterbangan ke kawasan sekitar, termasuk ruang makan terbuka yang ketika itu dipenuhi pelanggan sedang menikmati hidangan.
Beberapa pelanggan dilihat cuba melindungi diri dan makanan mereka ketika pasir memenuhi kawasan restoran.
Satu rakaman lain memaparkan pelanggan membersihkan pasir yang melekat pada badan, pakaian dan barangan mereka sambil meluahkan rasa tidak puas hati selepas hidangan yang dipesan turut dicemari pasir.
“Semua dah masuk pasir, macam mana mahu makan?” kata seorang individu dalam rakaman tersebut.
Dalam rakaman berasingan, seorang pekerja restoran dilihat bersemuka dengan pihak yang dipercayai juruterbang helikopter berkenaan bagi menuntut ganti rugi susulan kerosakan makanan dan minuman yang telah disediakan.
Pekerja terbabit turut mendakwa kejadian tersebut menyebabkan operasi restoran terganggu selain menimbulkan ketidakselesaan kepada pelanggan resort.
Bagaimanapun, tujuan helikopter itu mendarat di kawasan berkenaan masih belum diketahui.
Setakat laporan ini ditulis, belum terdapat kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa, pengurusan resort atau pengendali helikopter berhubung insiden tersebut.
Berita berkaitan
July 24, 2026, 5:24 pm
Subuh-subuh masuk premis, Kelibat lelaki pecah masuk kedai di Pulai dirakam CCTV
July 24, 2026, 5:18 pm
Tular lelaki tengking warga emas, netizen elak komen faham 'burnout' jaga ibu bapa tua
July 24, 2026, 2:54 pm
'Nasib sempat brek’ — Dashcam wanita rakam detik cemas kanak-kanak cuba melintas jalan
July 24, 2026, 10:50 am
Pendatang asing didakwa berniaga sirih, berkumpul minum di tempat awam cetus kebimbangan netizen
July 23, 2026, 7:38 pm
Tegur anjing buang najis depan sekolah, penduduk dakwa diacu dengan gergaji
July 23, 2026, 3:53 pm
Pesakit sesak nafas lari dari bayar lepas dapat rawatan dari klinik
July 23, 2026, 11:51 am
Cucu jadi hero bantu datuk pitam depan lif
July 23, 2026, 11:16 am
Rawatan dah diberi, pesakit asma didakwa ‘lesap’ sebelum buat bayaran di klinik swasta
July 23, 2026, 10:28 am
