Berita Viral
Subuh-subuh masuk premis, Kelibat lelaki pecah masuk kedai di Pulai dirakam CCTV
JOHOR BAHRU 24 Julai – Pemilik perniagaan di sekitar kawasan Pulai dinasihatkan supaya lebih berwaspada selepas beberapa kejadian dipercayai melibatkan kes pecah masuk premis dilaporkan berlaku kebelakangan ini.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, beliau mendakwa kejadian terbaru berlaku di kawasan Pulai Perdana apabila sebuah premis dipercayai dimasuki individu tidak dikenali pada awal pagi.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan menunjukkan seorang individu berada di dalam kawasan premis sekitar jam 5.32 pagi pada 21 Julai lalu.
Menurut pemilik hantaran itu, kejadian dipercayai bukan kali pertama berlaku kerana beberapa premis lain di sekitar kawasan tersebut turut menjadi sasaran.
“Pemilik perniagaan orang kawasan Pulai. Nampaknya macam individu yang sama buat kerja yang sama. Pecah masuk premis.
"Area Pulai Perdana dalam minggu ni dah dua ke tiga kedai dia masuk. Minggu lepas area Taman Teratai. Rasanya Kangkar Pulai pun ada. Berhati-hati semua. Tak kira waktu, tak kira tempat,” tulisnya.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian pengguna lain yang meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan kawasan berkenaan.
Pengguna nabeeeeeeeeela menyatakan kebimbangan terhadap kejadian itu.
“Muka dah jelas macam ni pun boleh bersenang lenang lagi ya," katanya.
Sementara itu, pengguna reni_ismalia mendakwa individu berkenaan pernah terlibat dalam kejadian pecah masuk sebelum ini.
“Dia lagi. Tahun lepas dia masuk banyak rumah kawasan Pulai Perdana. Pastu dah kena tangkap. Eh dia pecah kedai pulak.Tak serik dia ni,” komennya.
Setakat ini, dakwaan berhubung identiti individu terbabit masih belum disahkan pihak berkuasa. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang tuduhan tanpa pengesahan rasmi serta segera membuat laporan sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.
Pemilik premis juga digesa meningkatkan langkah keselamatan seperti memastikan CCTV berfungsi, memasang lampu keselamatan dan menggunakan kunci tambahan bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.
Berita berkaitan
July 24, 2026, 5:18 pm
Tular lelaki tengking warga emas, netizen elak komen faham 'burnout' jaga ibu bapa tua
July 24, 2026, 2:54 pm
'Nasib sempat brek’ — Dashcam wanita rakam detik cemas kanak-kanak cuba melintas jalan
July 24, 2026, 10:50 am
Pendatang asing didakwa berniaga sirih, berkumpul minum di tempat awam cetus kebimbangan netizen
July 23, 2026, 7:38 pm
Tegur anjing buang najis depan sekolah, penduduk dakwa diacu dengan gergaji
July 23, 2026, 3:53 pm
Pesakit sesak nafas lari dari bayar lepas dapat rawatan dari klinik
July 23, 2026, 11:51 am
Cucu jadi hero bantu datuk pitam depan lif
July 23, 2026, 11:16 am
Rawatan dah diberi, pesakit asma didakwa ‘lesap’ sebelum buat bayaran di klinik swasta
July 23, 2026, 10:28 am
Lelaki lari dimaki wanita lepas gesel kemaluan dalam LRT
July 22, 2026, 6:01 pm
