Berita Viral
'Nasib sempat brek’ — Dashcam wanita rakam detik cemas kanak-kanak cuba melintas jalan
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 24 Julai — Perkongsian rakaman kamera papan pemuka (dashcam) seorang wanita mengenai detik cemas apabila seorang kanak-kanak dilihat cuba melintas jalan tanpa pengawasan ibu bapa mengundang perhatian ramai di media sosial.
Menerusi hantaran yang tular, wanita berkenaan berkata kejadian itu membuatkan dirinya masih berasa terkejut kerana bimbang perkara buruk berlaku dalam sekelip mata.
Menurutnya, kanak-kanak terbabit dilihat sudah berada di bahagian tepi jalan sebelum cuba bergerak melintas, manakala keadaan sekeliling dilihat mempunyai kenderaan yang melalui kawasan berkenaan.
“Jangan sesekali leka terutama bila ada anak kecil. Video ni buat aku sedar, sekelip mata je boleh jadi tragedi. Nasib sempat brek,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Beliau turut memohon maaf kepada kanak-kanak itu sekiranya bunyi hon daripada kenderaannya menyebabkan kanak-kanak tersebut terkejut.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak, terutama berhampiran jalan raya.
Pengguna my.diet.diary.00 berkata ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana kawasan berhampiran jalan besar mempunyai risiko tinggi.
“Mak ayah dia tak perasan sebab sibuk buat kerja agaknya. Tapi kalau bijak, boleh tak turun tengok-tengok anak.
"Takpun susun satu kawasan dalam kedai tu untuk senang pantau. Dah tahu kan kedai depan jalan besar. Bahaya," jelasnya.
Sementara itu, pengguna svahshah64 menyifatkan kejadian seperti itu boleh membawa penyesalan jika berlaku perkara tidak diingini.
“Nasib baik tak langgar, menyusahkan orang lain. Menyalahkan orang lain pun satu hal,” komennya
Ada juga netizen yang mempersoalkan mengapa kenderaan lain tidak membunyikan hon ketika melihat situasi tersebut.
Namun, pemilik hantaran meminta orang ramai berfikiran positif dan berkemungkinan semua pemandu ketika itu sedang memberi tumpuan ke hadapan.
Kejadian itu sekali lagi menjadi peringatan kepada ibu bapa dan penjaga agar tidak mengambil mudah keselamatan anak-anak, kerana kecuaian beberapa saat boleh mengundang risiko yang besar.
Berita berkaitan
July 24, 2026, 5:24 pm
Subuh-subuh masuk premis, Kelibat lelaki pecah masuk kedai di Pulai dirakam CCTV
July 24, 2026, 5:18 pm
Tular lelaki tengking warga emas, netizen elak komen faham 'burnout' jaga ibu bapa tua
July 24, 2026, 10:50 am
Pendatang asing didakwa berniaga sirih, berkumpul minum di tempat awam cetus kebimbangan netizen
July 23, 2026, 7:38 pm
Tegur anjing buang najis depan sekolah, penduduk dakwa diacu dengan gergaji
July 23, 2026, 3:53 pm
Pesakit sesak nafas lari dari bayar lepas dapat rawatan dari klinik
July 23, 2026, 11:51 am
Cucu jadi hero bantu datuk pitam depan lif
July 23, 2026, 11:16 am
Rawatan dah diberi, pesakit asma didakwa ‘lesap’ sebelum buat bayaran di klinik swasta
July 23, 2026, 10:28 am
Lelaki lari dimaki wanita lepas gesel kemaluan dalam LRT
July 22, 2026, 6:01 pm
