TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia

By
|
Kongsi
image

Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia

KUALA LUMPUR 28 JULAI - Pelajar perempuan berusia 13 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai tidak berada di kawasan sekolah sebaik tamat sesi persekolahan di Sekolah Menengah Lok Yuk Likas, Sabah, semalam.

Kehilangan Gwen Mia mencetuskan kebimbangan ahli keluarga yang kini memohon bantuan orang ramai menerusi media sosial bagi mengesan remaja berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook, Jaime Crystal berkata, anak saudaranya itu dihantar ke sekolah pagi semalam, namun gagal ditemui apabila ibunya datang untuk menjemputnya pada sebelah petang.

"Kami sudah membuat semakan dengan pihak sekolah dan rakan-rakannya, namun tiada sesiapa yang melihatnya," katanya dalam hantaran itu.

Jaime berkata Gwen Mia berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berambut hitam panjang kerinting, memakai pakaian seragam sekolah jenis pinafore, kasut putih dan membawa beg berwarna putih bercorak bunga.

Beliau merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan remaja itu supaya segera menghubungi keluarganya di talian 012-8840233.

"Mungkin dia pulang bersama rakannya atau berlaku kekeliruan dalam urusan menjemputnya. Kami hanya mahu memastikan dia berada dalam keadaan selamat," katanya.

Jaime turut memohon orang ramai yang berada di sekitar kawasan sekolah antara jam 5.50 pagi hingga 6.15 pagi semalam supaya menyemak rakaman kamera papan pemuka (dashcam) atau kamera litar tertutup (CCTV) yang mungkin dapat membantu kepada penemuaan Gwen.

Hantaran berkenaan tular di media sosial apabila meraih lebih 6,500 perkongsian di Facebook selepas dimuat naik.

+ - reset