Berita Viral
Tular lelaki tengking warga emas, netizen elak komen faham 'burnout' jaga ibu bapa tua
KUALA LUMPUR 24 JULAI - Satu insiden kurang menyenangkan melibatkan seorang lelaki yang bertindak menengking ibunya di hadapan khalayak ramai ketika waktu makan tengah hari baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Kejadian tersebut dikongsi oleh seorang saksi yang meluahkan rasa terkilan dan sedih melihat tindakan lelaki berkenaan.
Individu itu yang terpaksa berjauhan dengan ibunya menyifatkan perbuatan tersebut tidak patut berlaku, memandangkan masih ramai individu di luar sana yang merindui peluang untuk berada dekat disamping orang tua mereka.
Bagaimanapun, tindakan berani seorang wanita yang tampil campur tangan untuk meleraikan ketegangan dalam insiden tersebut mendapat pujian ramai.
Isu itu terus membuka ruang perbincangan yang lebih mendalam mengenai bebanan emosi serta mental yang ditanggung oleh seorang pengasuh atau caregiver, khususnya mereka yang menguruskan warga tua atau ibu bapa yang kurang sihat.
Meneliti ruangan komen, sebilangan netizen mengambil pendekatan untuk tidak terburu-buru menghukum perbuatan lelaki berkenaan kerana menyedari wujudnya risiko tekanan melampau atau burnout.
Rata-rata netizen berpendapat bahawa tugas menjaga orang tua yang uzur memerlukan ketahanan mental amat tinggi dan tidak boleh disamakan dengan menguruskan kanak-kanak.
Cabaran harian yang dihadapi oleh seorang penjaga kerap kali tidak diketahui umum, terutamanya apabila melibatkan orang tua yang mengidap penyakit kronik atau mengalami perubahan tingkah laku akibat kesakitan dialami.
Malah, ada juga individu yang berkongsi pengalaman peribadi mengenai kesukaran mengawal emosi apabila emosi bercampur-baur antara rasa letih, sedih dan terkilan.
Situasi yang mana segala usaha terbaik diberikan masih tidak mampu merawat kesakitan insan tersayang kerap menjadi punca utama keletihan mental seorang penjaga.
Berita berkaitan
July 24, 2026, 5:24 pm
Subuh-subuh masuk premis, Kelibat lelaki pecah masuk kedai di Pulai dirakam CCTV
July 24, 2026, 2:54 pm
'Nasib sempat brek’ — Dashcam wanita rakam detik cemas kanak-kanak cuba melintas jalan
July 24, 2026, 10:50 am
Pendatang asing didakwa berniaga sirih, berkumpul minum di tempat awam cetus kebimbangan netizen
July 23, 2026, 7:38 pm
Tegur anjing buang najis depan sekolah, penduduk dakwa diacu dengan gergaji
July 23, 2026, 3:53 pm
Pesakit sesak nafas lari dari bayar lepas dapat rawatan dari klinik
July 23, 2026, 11:51 am
Cucu jadi hero bantu datuk pitam depan lif
July 23, 2026, 11:16 am
Rawatan dah diberi, pesakit asma didakwa ‘lesap’ sebelum buat bayaran di klinik swasta
July 23, 2026, 10:28 am
Lelaki lari dimaki wanita lepas gesel kemaluan dalam LRT
July 22, 2026, 6:01 pm
