Berita Viral
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 29 Julai — Seorang wanita terkejut apabila seorang lelaki warga asing didapati membuka bonet keretanya ketika dia baru sahaja menghantar anaknya ke kelas muzik baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu berkata pada awalnya dia menyangka anaknya cuba mengambil sesuatu dari bahagian bonet kereta, namun mendapati individu terbabit bukan anaknya.
Menurutnya, lelaki tersebut dipercayai warga asing dan tidak memahami bahasa Melayu ketika ditegur.
“Hantar anak ke kelas muzik tadi, tapi tiba-tiba rasa macam ada orang nak buka boot kereta. Saya ingat anak saya cuba nak ambik barang dalam bonet kereta, rupanya bukan dia,” katanya.
Dia turut memaklumkan seorang lelaki lain tampil membantu menegur individu berkenaan dan meminta supaya bonet kereta ditutup semula.
“Syukur ada brader tolong halau dia and tutup balik bonet, menyeramkan,” tulisnya.
Perkongsian bersama rakaman kamera papan pemuka (dashcam) itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada, terutama ketika berseorangan di dalam kenderaan.
Pengguna media sosial, chemurad berkata, pemandu perlu mengambil langkah berjaga-jaga terutama apabila berada dalam keadaan bersendirian.
“Kena terus kunci pintu jika seorang diri lepas anak keluar. Sebab itu juga dashcam sangat penting,” katanya.
Sementara itu, pengguna leonel_kc berpendapat orang ramai perlu mengelakkan diri daripada keluar dari kenderaan dalam keadaan mencurigakan kerana boleh mengundang risiko.
“Jangan keluar dari kereta dalam keadaan sebegini, memang risiko tinggi,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna, dalilanawi, turut berkongsi pengalaman pernah meletakkan kenderaan di lokasi sama dan mendakwa pernah menemui kesan mencurigakan pada pemegang pintu kereta.
“Pernah parking sebijik macam tempat ni dan masa masuk balik kereta, saya perasan dekat pemegang pintu berminyak gila macam ada orang cuba buka,” katanya.
Susulan kejadian itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di kawasan awam, termasuk mengunci kenderaan dan tidak bertindak melulu sekiranya berdepan situasi mencurigakan..
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
