Berita Viral
Notis larangan DBKL dipandang ringan, individu selamba jalankan aktiviti foto di Jambatan Saloma
Oleh AZIM SAID
Kuala Lumpur 29 Julai– Papan tanda larangan aktiviti fotografi komersial tanpa lesen di Jambatan Saloma didakwa tidak diendahkan apabila beberapa individu dilihat masih menjalankan aktiviti berkenaan secara terbuka.
Menerusi perkongsian pengguna media sosial,, kelihatan notis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memaklumkan larangan menjalankan apa-apa aktiviti fotografi komersial atau berbayar tanpa lesen yang sah daripada DBKL di kawasan berkenaan.
Notis tersebut turut menyatakan tindakan boleh diambil di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta Akta Kerajaan Tempatan 1976, dengan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun.
Namun, menerusi rakaman berkenaan, beberapa individu dilihat masih menggunakan peralatan khas dan melakukan aktiviti foto komersial berhampiran kawasan papan tanda tersebut.
Perkongsian itu mendapat perhatian pengguna media sosial yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang didakwa tidak mematuhi peraturan ditetapkan.
Pengguna media sosial, noratikahshaker, meminta pihak berkaitan tidak mengabaikan perkara itu selepas mendakwa bukti sudah jelas menerusi rakaman yang tular.
“Ada bukti dah ni, jangan lupa bertindak. Bagi kompaun kat rakyat Malaysia bersungguh ye korang. Harap ambil tindakan secepatnya,” komennya.
Sementara itu, pemilik hantaran, lilydarl4, turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan individu yang didakwa tidak menghormati peraturan di lokasi awam.
“Aku cuma tak boleh bertolak ansur dengan golongan yang tak hormat undang-undang tempat orang. Sekeping RM5 dia kata,” tulisnya.
“Seorang lagi pengguna, fatin_nabila, menyifatkan papan tanda larangan yang dipasang sepatutnya diberi perhatian oleh semua pengunjung.
"Bukan tak nampak, papan tanda dah depan mata," katanya.”
Isu itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial yang berharap penguatkuasaan dapat dipertingkatkan bagi memastikan peraturan di lokasi tumpuan seperti Jambatan Saloma terus dipatuhi.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
