TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Tular isi botol kicap ada bangkai cicak

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 30 JULAI – Kejadian menggelikan membabitkan isu kebersihan makanan dan minuman sekali lagi tular apabila seorang pengguna mendapati bangkai cicak berada di dalam botol kicap yang dibelinya.

Insiden tersebut dipercayai terdedah selepas botol kicap itu pecah jatuh di atas lantai.

Insiden itu membuatkan terkeluarnya bangkai seekor cicak yang sudah mereput keluar bersama cecair tersebut, sekali gus mengesahkan syak wasangka pengguna berkenaan.

Rakaman gambar dan video yang memaparkan tumpahan cecair gelap berserta bangkai bangkai haiwan reptilia itu mula tersebar di media sosial, sekali gus menimbulkan reaksi kecewa serta kebimbangan daripada warganet. 

Kebanyakan pengguna media sosial mendesak agar pihak berkuasa, terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, segera menjalankan siasatan lanjut terhadap pengeluar produk terbabit.

Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak pengeluar botol kicap berkenaan.

+ - reset