TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 31 JULAI - Tular di media sosial seorang wanita berkongsi video seorang peniaga menggunakan air liur untuk mengasingkan pelapik makanan bagi kegunaan pelanggan.

Peniaga itu menghisap jarinya terlebih dahulu lalu mengambil pelapik makanan dan meletakkannya di setiap pinggan supaya memudahkan pelanggan.

Wanita itu mendakwa dia baru sahaja selesai makan di restoran tersebut dan ternampak insiden yang meloyakan.

"Apa yang kau buat ini bang? Aku baru habis makan, sekali nampak benda ini depan mata memang loya terus.

"Pengotor sangat, tolonglah jaga kebersihan sikit,. Hormat orang lain yang datang makan. Jijik," katanya.

Tambahnya lagi, kedai itu terletak di kawasan Meru dan sempat bertanya kepada orang ramai adakah mengenali premis makanan tersebut.

+ - reset