Berita Viral
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 30 Julai - Sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) tular di media sosial memaparkan detik cemas apabila seorang penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan selepas dipercayai dikejar seekor anjing liar.
Menerusi rakaman berkenaan, penunggang motosikal itu dilihat keluar dari sebuah simpang sebelum berlaku pelanggaran dengan seorang individu di kawasan terbabit.
Difahamkan, penunggang berkenaan dipercayai panik atau hilang kawalan selepas seekor anjing liar mengejar motosikalnya, menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku.
Rakaman tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati apabila berdepan haiwan yang berkeliaran, terutama di kawasan perumahan atau jalan kecil.
Seorang pengguna, Atanai Adnan, meminta pemilik haiwan mengambil tanggungjawab sekiranya benar anjing terbabit menyebabkan kejadian itu.
“Mana pencinta anjing? Mohon ambil tanggungjawab ini, yang mana memerlukan kos perubatan dan sebagainya. Jangan lepas tangan atau menyorok dalam gua,” katanya.
Seorang lagi pengguna, Mohd Anwas, turut berkongsi kebimbangan terhadap isu anjing berkeliaran di kawasan awam.
“Aku cukup bengang kalau masuk taman ada anjing berkeliaran, biasanya kawasan Klang," tulisnya.
Sementara itu, pengguna bernama Mohamad Amin mendakwa kejadian berkenaan berlaku disebabkan anjing terbabit, namun turut mempersoalkan tindakan pemilik haiwan sekiranya benar anjing itu milik seseorang.
“Anjing tu bertuan, tapi kalau dah macam ni, tuan tak mengaku tu anjing dia,” komennya.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai lokasi kejadian serta keadaan individu yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
