Berita Viral
Tak tahu apa punca, lelaki berang tahan bas sebelum tunjuk isyarat jari tengah kepada pemandu
Oleh AZIM SAID
Kuala Lumpur 29 Julai – Tindakan seorang lelaki warga emas yang didakwa menahan sebuah bas di tengah jalan sambil menunjukkan isyarat jari tengah kepada pemandu mencetuskan perhatian selepas rakaman kejadian tular di media sosial.
Menerusi video berkenaan, lelaki terbabit dilihat sudah turun dari vannya sebelum berdiri menghalang laluan bas yang sedang mula bergerak berdekatan hentian bas.
Dia kemudian menepuk tangannya ke arah cermin hadapan bas sambil memarahi pemandu tersebut sebelum secara spontan menunjukkan isyarat jari tengah ke arah pemandu terbabit.
Tindakan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Seorang pengguna media sosial, Ezr Jamal berkata tindakan memberi laluan kepada kenderaan lebih besar wajar dilakukan bagi mengelakkan sebarang pertikaian di jalan raya.
"Jika kita jumpa kenderaan yang lebih besar daripada kita, bagi je jalan dulu, mungkin pakcik ni rasa dia betul, pastu marahkan pemandu bas ni," tulisnya.
Sementara itu, HangSasau Sasau pula menyifatkan tindakan lelaki terbabit sebagai mengganggu pengguna jalan raya lain.
"Habis van dia halang pengguna lain tak apa pulak," katanya.
Bagaimanapun, punca sebenar lelaki itu bertindak demikian masih belum diketahui dan tidak dapat dipastikan sama ada berlaku sebarang pertikaian sebelum kejadian.
Rakaman itu terus mengundang pelbagai reaksi netizen yang meminta pengguna jalan raya sentiasa mengutamakan sikap bertolak ansur bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
