TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 30 JULAI - Tular di media sosial rakaman video papan pemuka (dashcam) dipercayai seorang pemandu e-hailing yang sedang menahan marah apabila agamanya dihina oleh penumpangnya.

Menerusi perkongsian @danialnadzahakim, penumpanya yang berusia hampir 60 tahun mengaku sudah keluar islam dan memfitnah kitab suci itu.

"Umur dah 60 perangai masih teruk. Diri sendiri mengaku keluar islam, sendiri mengaku diri dah murtad lagi nak hina dan fitnah islam, al-Quran," katanya.

Dalam video itu, pemandu tersebut sempat memberikan amaran kepada penumpangnya agar tidak menghina agamanya.

Penumpang tersebut sempat memohon maaf kerana kelancangan mulutnya sebelum meminta pemandu itu menurunkannya.

Insiden tersebut dipercayai berlaku berdekatan dengan Johor Bahru Sentral.

+ - reset