TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar sahkan sidang khas Parlimen RCI Tabung Haji pada 11 Ogos

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan sidang khas Parlimen bagi membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan berlangsung pada 11 Ogos.

Perkara itu dimaklumkan beliau selepas menghadiri majlis pelancaran ibu pejabat baharu Maybank, Menara Merdeka Maybank, hari ini.

Beliau sebelum ini mencadangkan supaya sidang khas itu diadakan secepat mungkin dan tarikh berkenaan telah dipersetujui selepas perbincangan bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul.

“Saya dah bincang dengan speaker-speaker, dah setuju. 10 pagi, sepanjangnya sampai petang,” katanya ketika ditemui media. 

Semalam, Anwar berkata sidang khas Parlimen itu dicadangkan bagi memberi ruang kepada Ahli Parlimen meneliti laporan RCI Tabung Haji serta mendengar penjelasan lanjut sebelum perbahasan secara terbuka diadakan.

Beliau berkata keputusan kerajaan untuk membuka siasatan secara telus bukan hanya melibatkan perkara yang berlaku pada 2014 dan 2017, tetapi turut merangkumi perkembangan pada 2018 hingga 2020 serta langkah pemulihan yang dilaksanakan selepas itu.

Anwar turut menegaskan pendedahan laporan RCI bukan bertujuan membongkar kisah lama, sebaliknya menjadi pengajaran supaya perkara yang boleh menjejaskan institusi dan amanah rakyat tidak berulang.

+ - reset