Berita Berita
PMX hantar notis tuntutan kepada Tuan Ibrahim, beri tempoh 48 jam mohon maaf isu kenyataan fitnah
KUALA LUMPUR, 30 Julai — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan (Letter of Demand - LOD) terhadap Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka susulan beberapa kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.
Peguam yang mewakili Perdana Menteri, Datuk SN Nair memaklumkan bahawa kenyataan terbabit dipercayai dibuat di luar Parlimen pada 14 Jun lalu sebelum disebarkan dan diterbitkan semula di platform media sosial.
"Surat tuntutan tersebut antara lain menuntut supaya Tuan Ibrahim menarik balik serta-merta kenyataan yang dipertikaikan dan membuat permohonan maaf terbuka tanpa syarat," katanya menerusi satu kenyataan rasmi, hari ini.
Menurut SN Nair, notis tuntutan berkenaan turut menetapkan agar Ahli Parlimen Kubang Kerian itu membuat aku janji tertulis untuk tidak mengulangi dakwaan berkenaan, di samping membayar ganti rugi serta menanggung sebarang kos guaman yang terlibat.
Pihak plaintif memberikan tempoh 48 jam kepada Tuan Ibrahim untuk memberi maklum balas rasmi. Sekiranya beliau gagal mematuhi tuntutan berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan undang-undang serta-merta akan diambil di mahkamah tanpa sebarang notis lanjutan.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:51 am
Ibu, dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik di Bandar Baru Tambun
July 31, 2026, 9:48 am
Agong jalani rawatan susulan masalah otot dan tulang, tak dapat hadir Sambutan Hari Pahlawan
July 31, 2026, 9:18 am
Kerajaan tapis dahulu 5,000 etnik Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar
July 31, 2026, 8:31 am
'Tegur saya boleh, tapi jangan hina Kerajaan Madani' - Anwar
July 30, 2026, 6:05 pm
Anwar sahkan sidang khas Parlimen RCI Tabung Haji pada 11 Ogos
July 30, 2026, 4:19 pm
Makin serius, hampir tiada kampung di Kelantan bebas masalah dadah - Saifuddin
July 30, 2026, 2:53 pm
