Berita Berita
Ibu, dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik di Bandar Baru Tambun
IPOH, 31 Julai — Seorang wanita bersama dua anak perempuannya ditemukan maut di dalam sebuah rumah di Bandar Baru Tambun, di sini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.10 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Setibanya di lokasi, polis mendapati wanita berusia 46 tahun berkenaan serta dua anaknya yang masing-masing berusia 11 dan 12 tahun sudah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di dalam sebuah bilik.
"Pemeriksaan di bilik berkenaan menemui satu bekas dipercayai mengandungi sisa arang yang telah dibakar.
"Pemeriksaan pada mayat ketiga-tiga mangsa oleh pasukan forensik tidak menemui sebarang kecederaan mahupun unsur jenayah pada tubuh mereka," katanya hari ini.
Mayat tiga beranak berkenaan telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 11:05 am
Maritim nafi video tular kemasukan PATI di pantai barat Johor
July 31, 2026, 10:33 am
Noh Omar yakin UMNO Selangor akhirnya akan bersama PN
July 31, 2026, 9:48 am
Agong jalani rawatan susulan masalah otot dan tulang, tak dapat hadir Sambutan Hari Pahlawan
July 31, 2026, 9:18 am
Kerajaan tapis dahulu 5,000 etnik Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar
July 31, 2026, 8:31 am
