Berita Berita
Polis sahkan bayi ditemui dalam mangkuk tandas maut akibat tikaman berganda di dada, kembar dalam perut masih hidup
JOHOR BAHRU 30 Julai - Bayi perempuan yang ditemui di dalam mangkuk tandas sebuah rumah teres yang dijadikan asrama pelajar kolej di Taman Setia Mutiara, Kluang semalam disahkan meninggal dunia akibat luka tikaman berganda pada bahagian dada.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, punca kematian itu disahkan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) menerusi bedah siasat yang dijalankan.
Beliau berkata, polis turut merampas sebilah pisau sepanjang 24 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan, selain pakaian yang mempunyai kesan darah bagi membantu siasatan.
Menurutnya, siasatan turut mendapati bayi berkenaan mempunyai seorang bayi kembar yang masih hidup dan kedua-duanya dipercayai hasil hubungan seks luar nikah pasangan kekasih yang juga pelajar kolej berusia 19 tahun.
"Hasil soal siasat mendapati suspek lelaki mengaku memberikan wang sebanyak RM450 kepada teman wanitanya untuk menggugurkan kandungan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Terdahulu, polis menahan pasangan kekasih berusia 19 tahun itu bagi membantu siasatan kes bunuh bayi perempuan yang ditemukan di dalam mangkuk tandas sebuah rumah sewa.
Siasatan awal mendapati bayi berkenaan ditemui oleh seorang tenaga pengajar di rumah yang dijadikan asrama pelajar kolej itu.
Susulan penemuan tersebut, pelajar perempuan terbabit dibawa ke hospital untuk pemeriksaan sebelum doktor mengesahkan masih terdapat seorang lagi bayi kembar di dalam kandungannya.
Beliau kemudian selamat melahirkan bayi perempuan itu di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom.
Ab Rahaman berkata, suspek lelaki direman selama tujuh hari sehingga 5 Ogos bagi membantu siasatan, manakala teman wanitanya masih menerima rawatan di hospital.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:51 am
Ibu, dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik di Bandar Baru Tambun
July 31, 2026, 9:48 am
Agong jalani rawatan susulan masalah otot dan tulang, tak dapat hadir Sambutan Hari Pahlawan
July 31, 2026, 9:18 am
Kerajaan tapis dahulu 5,000 etnik Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar
July 31, 2026, 8:31 am
'Tegur saya boleh, tapi jangan hina Kerajaan Madani' - Anwar
July 30, 2026, 6:05 pm
Anwar sahkan sidang khas Parlimen RCI Tabung Haji pada 11 Ogos
July 30, 2026, 4:19 pm
Makin serius, hampir tiada kampung di Kelantan bebas masalah dadah - Saifuddin
July 30, 2026, 2:53 pm
