TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pekerja hotel dipenjara 5 tahun, 2 sebatan amang seksual anak tunang

By
|
Kongsi
image

PASIR MAS, 4 Ogos — Seorang pekerja hotel berusia 34 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tunangnya.

Hakim Zulkpli Abdullah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun serta satu sebatan bagi setiap pertuduhan yang diarahkan berjalan secara serentak berkuat kuasa dari tarikh sabitan.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun di sebuah bilik hotel di Tanah Merah pada jam 3 pagi dan 11 pagi, 24 Julai lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyha Nai’lah Harizan memohon hukuman setimpal kerana tertuduh mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikan oleh ibu mangsa untuk menguruskan hal persekolahan remaja berkenaan.

Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling pemulihan sepanjang pemenjaraan serta pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman.

+ - reset