TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

DBKL sita 323 basikal sewa tanpa lesen di Taman Tasik Titiwangsa

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 323 buah basikal pelbagai jenis milik pengusaha penyewaan tanpa lesen dalam Tindakan Khas di sekitar Jalan Tembeling, Taman Tasik Titiwangsa pada Khamis, 23 Julai lalu.

Operasi berkenaan menyasar pengusaha yang dikendalikan warga asing serta sengaja meninggalkan basikal rosak dan peralatan di kawasan lapang, belakang premis, mahupun tandas awam hingga mencetuskan halangan serta kacau ganggu.

Tindakan ke atas lima pengusaha basikal itu diambil mengikut UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 serta Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 sebelum kesemua basikal dihantar ke Setor Sitaan DBKL.

DBKL menegaskan operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan awam dan menyeru masyarakat untuk menyalurkan aduan berhubung isu berkaitan.

+ - reset