TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rampasan dadah di KLIA melonjak enam kali ganda kepada 1.3 tan

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM, 4 Ogos — Jumlah dadah yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sepanjang Januari hingga Julai tahun ini meningkat hampir enam kali ganda kepada 1.3 tan berbanding 235 kilogram (kg) bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lonjakan itu turut menyaksikan nilai rampasan merosot kepada RM108 juta berbanding RM18.4 juta sebelum ini, manakala kes direkodkan meningkat dua kali ganda kepada 108 kes berbanding 54 kes tahun lalu.

Peningkatan kes itu menyaksikan jumlah tangkapan melonjak kepada 121 individu termasuk 42 warga asing, berbanding 57 tangkapan dalam tempoh sama tahun 2025.

Menerusi Ops Khas KLIA Bil 1/2026, pihak polis berjaya menahan 13 individu disyaki keldai dadah serta merampas 260kg bunga ganja dan satu kilogram kokain bernilai RM21.26 juta yang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kejayaan ini hasil tindakan penguatkuasaan yang lebih agresif melalui kerjasama strategik PDRM bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Polis Bantuan, dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) bagi memastikan pintu masuk negara tidak dijadikan laluan penyeludupan.

+ - reset