Berita Berita
Lagi rakyat Malaysia ditahan di Surabaya seludup dadah ke Indonesia
JAKARTA, 4 Ogos — Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang lelaki warga Malaysia berusia 22 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya selepas cuba menyeludup hampir satu kilogram methamphetamine dan 1,089 pil ekstasi yang disembunyikan di bawah korset pada badannya.
Suspek berinisial DI yang tiba dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan Batik Air itu mengaku bertindak sebagai penghantar untuk rangkaian dadah antarabangsa berpunca daripada masalah kewangan serta bebanan hutang.
Komander Pangkalan Udara Tentera Laut Juanda, Kolonel Henoch Nasairus Virzawan memaklumkan bahawa rampasan dadah bernilai kira-kira Rp2.79 bilion (RM715,000) itu diserahkan kepada Polis Perbandaran Sidoarjo untuk siasatan lanjut di bawah peruntukan undang-undang yang boleh membawa hukuman mati.
Insiden berkenaan menyusuli kes berasingan membabitkan penahanan seorang juruterbang syarikat penerbangan komersial Malaysia berinisial MS di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 28 Julai lalu kerana cuba menyeludup 25.19 kilogram pil ekstasi bernilai tinggi.
Hasil siasatan mendapati juruterbang terbabit diupah RM50,000 untuk membawa bekalan berkenaan ke Jakarta dan mengaku pernah menjalankan dua operasi penyeludupan dadah sebelum ini ke Sabah serta Indonesia.
Berita berkaitan
August 4, 2026, 9:20 pm
Tiga beranak hilang sejak 20 Julai, bapa bimbang keselamatan anak, menantu dan cucu
August 4, 2026, 5:47 pm
Sanusi hantar LOD kepada Kor Ming, 2 lagi isu putar belit kenyataan sejarah
August 4, 2026, 5:42 pm
Amirudin mohon maaf isu petugas pengiring didakwa tengking pengguna jalan raya
August 4, 2026, 3:17 pm
Pegawai bomba didakwa terima rasuah RM11,500 di Mahkamah Sesyen Alor Setar
August 4, 2026, 1:49 pm
Rampasan dadah di KLIA melonjak enam kali ganda kepada 1.3 tan
August 4, 2026, 12:33 pm
DBKL sita 323 basikal sewa tanpa lesen di Taman Tasik Titiwangsa
August 4, 2026, 12:16 pm
