Berita Berita
Pegawai bomba didakwa terima rasuah RM11,500 di Mahkamah Sesyen Alor Setar
ALOR SETAR, 4 Ogos — Seorang Penguasa Bomba berusia 40 tahun, Johari Bar Azwar, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima dan meminta rasuah berjumlah RM11,500 pada tahun 2024 dan 2025.
Tertuduh yang bertugas di JBPM Sungai Petani didakwa menerima wang suapan RM1,500 daripada seorang pemilik syarikat pada 4 April 2024 di Amanjaya Mall sebagai dorongan untuk mengeluarkan Surat Sokongan Pelesenan JBPM.
Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa meminta serta menerima suapan RM10,000 daripada seorang lagi pemilik syarikat pada 4 Februari 2025 di Kawasan Perindustrian Taman Ria Jaya bagi tujuan kelulusan surat sokongan pelensean yang sama.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.
Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan membenarkan tertuduh diikat jamin RM16,000 dengan dua penjamin selepas mempertimbangkan rayuan peguam membabitkan tanggungjawab tertuduh sara isteri dan empat anak, manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 9 September depan.
Berita berkaitan
August 4, 2026, 9:20 pm
Tiga beranak hilang sejak 20 Julai, bapa bimbang keselamatan anak, menantu dan cucu
August 4, 2026, 5:47 pm
Sanusi hantar LOD kepada Kor Ming, 2 lagi isu putar belit kenyataan sejarah
August 4, 2026, 5:42 pm
Amirudin mohon maaf isu petugas pengiring didakwa tengking pengguna jalan raya
August 4, 2026, 5:31 pm
Lagi rakyat Malaysia ditahan di Surabaya seludup dadah ke Indonesia
August 4, 2026, 1:49 pm
Rampasan dadah di KLIA melonjak enam kali ganda kepada 1.3 tan
August 4, 2026, 12:33 pm
DBKL sita 323 basikal sewa tanpa lesen di Taman Tasik Titiwangsa
August 4, 2026, 12:16 pm
