Berita Berita
Lelaki Malaysia ditahan cuba seludup 6kg ganja, 1.5kg syabu ke Singapura
SINGAPURA 5 Ogos – Seorang lelaki warga Malaysia berusia 22 tahun berdepan hukuman mati selepas dipercayai cuba menyeludup lebih 8.6 kilogram (kg) ganja dan lebih 1.5kg syabu ke Singapura menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 1 Ogos lalu.
Dalam kenyataan pada Isnin, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memaklumkan, kereta yang dipandu suspek diarahkan menjalani pemeriksaan lanjut sebelum pegawai menemui sebuah kotak mengandungi dua bungkusan bahan yang disyaki dadah di dalam but kenderaan.
Susulan penemuan itu, pegawai daripada Biro Narkotik Pusat (CNB) dipanggil ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan terperinci.
Hasil pemeriksaan lanjut menemukan lebih banyak dadah di dalam but kereta tersebut.
Secara keseluruhan, pihak berkuasa merampas 8.646kg ganja dan 1.569kg methamphetamine (syabu).
Menurut ICA, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan melebihi S$361,000 (kira-kira RM1.2 juta) dan dipercayai mampu membekalkan dadah kepada kira-kira 2,132 penagih selama seminggu.
Kes kini masih dalam siasatan Biro Narkotik Pusat (CNB).
Mengikut undang-undang Singapura, individu yang mengimport atau mengeksport lebih 250 gram methamphetamineatau lebih 500 gram ganja boleh dikenakan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
Pada Julai lalu, seramai 100 individu turut ditahan dalam operasi antidadah di seluruh Singapura yang menyaksikan rampasan dadah bernilai lebih S$34,000 (kira-kira RM113,000).
Berita berkaitan
August 5, 2026, 3:09 pm
RCI TH: Bersatu desak Azeez tampil, Asyraf Wajdi letak jawatan
August 5, 2026, 2:34 pm
Polis siasat isu hutang kutu susulan kehilangan tiga beranak di Bukit Kayu Hitam
August 5, 2026, 2:22 pm
Tak boleh sesuka hati guna nama 'Kelantan' anjur program, perlu mohon kebenaran kerajaan negeri
August 5, 2026, 1:12 pm
'PH tak pernah hasut Cina lawan kaum lain' – Chong Zhemin bidas kenyataan Kian Ming
August 5, 2026, 12:26 pm
Ops Kutip: Imigresen tahan 93 PATI dalam serbuan di Danau Kota, Pekeliling
August 5, 2026, 12:24 pm
Pemain Thai maut, warga Malaysia cedera disambar petir ketika perlawanan bola sepak
August 5, 2026, 10:38 am
