Berita Berita
Pemain Thai maut, warga Malaysia cedera disambar petir ketika perlawanan bola sepak
NARATHIWAT 5 OGOS - Suasana perlawanan separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala FA Golok 2026 antara pasukan gabungan Thailand-Malaysia, Sam Colt dan Abu Nong Sirin bertukar tragedi apabila seorang pemain Yala FC maut selepas disambar petir ketika sedang beraksi di Stadium Santiphap, di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan itu, mangsa, Sofwan Awae, 24, yang berasal dari Daerah Waeng, Narathiwat, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Selain itu, seorang rakyat Malaysia, Mohamad Alif Ezzahan Zulkifli, 22, turut cedera dalam insiden tersebut.
Turut mengalami kecederaan ialah Somchai Longmihna, 25; Sakirin Tikasom, 36; Sakariya Koleh, 38; Hamirul Cheh Asa, 32; Saranant Sathavorn, 37; Mayusaran Kaso, 31; Fatel Baka, 19; Suhaimi Rohman, 28; Anas Dulyaseree; dan Khairy Layeng.
Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Thun Sirikhunt, berkata, siasatan awal mendapati hujan lebat beserta angin kencang melanda kawasan stadium sebelum petir menyambar di tengah padang ketika perlawanan sedang berlangsung.
Katanya, Sofwan yang beraksi bersama pasukan Abu Nong Sirin rebah akibat sambaran petir, manakala kira-kira 11 pemain lain turut mengalami kecederaan.
“Beberapa rakan Sofwan cuba memberi bantuan kecemasan sebelum kakitangan perubatan kecemasan Yayasan Sheng Mu Tharn Namjai Sungai Golok tiba, namun mangsa gagal diselamatkan.
“Semua mangsa yang cedera dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Golok,” katanya.
Thun memberitahu, Mohamad Alif Ezzahan yang mewakili pasukan Sam Colt mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, kejohanan itu merupakan pertandingan bola sepak tempatan yang terbuka kepada penyertaan pasukan dari pelbagai wilayah di Selatan Thailand serta Malaysia.
Berita berkaitan
August 5, 2026, 3:09 pm
RCI TH: Bersatu desak Azeez tampil, Asyraf Wajdi letak jawatan
August 5, 2026, 2:34 pm
Polis siasat isu hutang kutu susulan kehilangan tiga beranak di Bukit Kayu Hitam
August 5, 2026, 2:22 pm
Tak boleh sesuka hati guna nama 'Kelantan' anjur program, perlu mohon kebenaran kerajaan negeri
August 5, 2026, 1:12 pm
'PH tak pernah hasut Cina lawan kaum lain' – Chong Zhemin bidas kenyataan Kian Ming
August 5, 2026, 12:26 pm
Ops Kutip: Imigresen tahan 93 PATI dalam serbuan di Danau Kota, Pekeliling
August 5, 2026, 11:31 am
Lelaki Malaysia ditahan cuba seludup 6kg ganja, 1.5kg syabu ke Singapura
August 5, 2026, 10:38 am
