Berita Berita
Polis siasat isu hutang kutu susulan kehilangan tiga beranak di Bukit Kayu Hitam
JITRA, 5 Ogos — Polis tidak menolak kemungkinan kehilangan tiga beranak dari rumah mereka di Bukit Kayu Hitam sejak 20 Julai lalu mempunyai kaitan dengan isu hutang permainan kutu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa terjejas terhadap individu hilang berkenaan dan siasatan lanjut diteruskan di bawah klasifikasi Kes Orang Hilang.
Kehilangan Khairul Azhar Ahmad, 39, isterinya Siti Zulaikha Ahmad Sabri, 36, serta anak mereka Adid Khairul Azhar, 9, dilaporkan oleh seorang warga emas di Balai Polis Bukit Kayu Hitam selepas mereka gagal dihubungi.
Semakan pihak berkuasa mendapati tiada sebarang rekod pergerakan keluar negara oleh kesemua mangsa setakat ini, manakala siasatan turut merangkumi sudut risiko jenayah atau kemalangan.
Berita berkaitan
August 5, 2026, 3:09 pm
RCI TH: Bersatu desak Azeez tampil, Asyraf Wajdi letak jawatan
August 5, 2026, 2:22 pm
Tak boleh sesuka hati guna nama 'Kelantan' anjur program, perlu mohon kebenaran kerajaan negeri
August 5, 2026, 1:12 pm
'PH tak pernah hasut Cina lawan kaum lain' – Chong Zhemin bidas kenyataan Kian Ming
August 5, 2026, 12:26 pm
Ops Kutip: Imigresen tahan 93 PATI dalam serbuan di Danau Kota, Pekeliling
August 5, 2026, 12:24 pm
Pemain Thai maut, warga Malaysia cedera disambar petir ketika perlawanan bola sepak
August 5, 2026, 11:31 am
Lelaki Malaysia ditahan cuba seludup 6kg ganja, 1.5kg syabu ke Singapura
August 5, 2026, 10:38 am
