Berita Berita
Tiga wanita Malaysia ditahan bersama dadah di lapangan terbang di Jakarta
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Percutian tiga wanita warga Malaysia ke Indonesia berakhir dengan penahanan selepas mereka disyaki membawa pelbagai jenis dadah yang ditemukan dalam pemeriksaan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada Isnin lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga wanita terbabit dan memaklumkan pihak berkuasa Indonesia telah memaklumkan perkara itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, tiga wanita berusia antara 30 hingga 39 tahun yang berasal dari Sabah itu memasuki Indonesia bagi tujuan bercuti.
"Hasil semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dadah.
"Mereka ke sana untuk bercuti. Dadah yang dirampas itu dipercayai lebih kepada untuk kegunaan sendiri dan jumlahnya kecil," katanya kepada Harian Metro hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, ketiga-tiga wanita berkenaan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan dadah yang membabitkan penahanan seorang lelaki warga Malaysia di Surabaya sebelum ini.
Terdahulu, CNN Indonesia melaporkan pegawai Kastam Lapangan Terbang Soekarno-Hatta berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah yang didakwa dilakukan oleh tiga penumpang wanita warga Malaysia.
Ketiga-tiga mereka dikesan cuba membawa masuk bahan terlarang itu dengan menyembunyikannya dalam pelbagai barangan peribadi termasuk kasut yang dipakai.
Kejadian berlaku di Terminal 2F Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, dengan pesawat yang dinaiki mereka dilaporkan tiba dari Kota Kinabalu.
Menurut laporan itu, dadah berkenaan disembunyikan dalam beg peralatan mandian di dalam bagasi, dompet, bungkusan ubat, poket jaket serta kasut.
Antara bahan yang dirampas ialah 0.5 gram dan 0.3 gram bahan disyaki kokain, dua gram serbuk disyaki kokain, 4.2 gram pil disyaki MDMA, 1.8 gram serbuk disyaki ketamin, 2.4 gram pil disyaki MDMA, serta 16.9 gram tembakau disyaki dicampur ketamin.
Pihak berkuasa turut merampas 1.4 gram bahan disyaki kokain dan satu kartrij yang disyaki mengandungi ketamin, selain telah menjalankan ujian sampel terhadap semua bahan yang dirampas.
Berita berkaitan
August 5, 2026, 6:56 pm
'Jika patuh SOP, Rocky takkan mati' - Aktivis haiwan desak tindakan terhadap MBDK
August 5, 2026, 6:16 pm
Pelakon veteran, Cik Man meninggal dunia
August 5, 2026, 6:05 pm
Kes kematian Rocky dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, polis tunggu arahan lanjut
August 5, 2026, 5:27 pm
Polis cari waris budak lelaki ditemui bersendirian di tepi Lebuhraya SILK
August 5, 2026, 4:30 pm
'Saya tak minat bertanding PRU16, berilah peluang kepada orang muda' - Tok Pa
August 5, 2026, 3:09 pm
RCI TH: Bersatu desak Azeez tampil, Asyraf Wajdi letak jawatan
August 5, 2026, 2:34 pm
Polis siasat isu hutang kutu susulan kehilangan tiga beranak di Bukit Kayu Hitam
August 5, 2026, 2:22 pm
