Berita Berita
Kes kematian Rocky dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, polis tunggu arahan lanjut
KLANG 5 Ogos - Kertas siasatan berhubung kematian anjing dikenali sebagai Rocky ketika operasi tangkapan anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, pihaknya kini menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan berhubung tindakan seterusnya.
“Kertas siasatan kes Rocky telah dirujuk ke TPR semalam. Tunggu arahan lanjut,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, polis memaklumkan kes kematian anjing berkenaan disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan membunuh haiwan.
Kes itu mendapat perhatian ramai sehingga mencetuskan himpunan aman bertemakan ‘Justice for Rocky’ di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada malam kelmarin.
Insiden berkenaan berlaku ketika operasi menangkap anjing liar oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di Taman Teluk Gedung Indah sebelum keadaan bertukar kecoh selepas seorang individu didakwa bertindak agresif dengan mengugut menggunakan pisau serta menghalang anggota penguat kuasa menjalankan tugas.
Datuk Bandar MBDK, Datuk Abd. Hamid Hussain sebelum ini menegaskan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berlaku dalam operasi tersebut.
Menurutnya, kejadian itu berpunca daripada tindakan seorang individu yang mendakwa dirinya pemilik anjing terbabit apabila cuba mengambil semula haiwan berkenaan sehingga mengganggu operasi tangkapan yang sedang dijalankan.
Berita berkaitan
August 5, 2026, 6:56 pm
'Jika patuh SOP, Rocky takkan mati' - Aktivis haiwan desak tindakan terhadap MBDK
August 5, 2026, 6:16 pm
Pelakon veteran, Cik Man meninggal dunia
August 5, 2026, 5:27 pm
Polis cari waris budak lelaki ditemui bersendirian di tepi Lebuhraya SILK
August 5, 2026, 4:30 pm
'Saya tak minat bertanding PRU16, berilah peluang kepada orang muda' - Tok Pa
August 5, 2026, 3:09 pm
RCI TH: Bersatu desak Azeez tampil, Asyraf Wajdi letak jawatan
August 5, 2026, 2:34 pm
Polis siasat isu hutang kutu susulan kehilangan tiga beranak di Bukit Kayu Hitam
August 5, 2026, 2:22 pm
