TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelakon veteran, Cik Man meninggal dunia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Pelakon veteran, Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali Cik Man menghembuskan nafas terakhir pada Rabu.

Berita duka ini disahkan oleh Amir Raja Lawak menerusi hantaran di Facebook.

"Dimaklumkan, Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai Farok dan jugak Cik Man, baharu sahaja meninggalkan kita semua

"Semoga arwah Abang Kamarool ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah dan ahli syurga, aamiin ya rabbal alamin," katanya.

Terdahulu, Amir memaklumkan bahawa pelakon berusia 67 tahun itu telah dimasukkan ke Hospital Tanah Merah kerana saluran jantung tersumbat. 

Menurutnya, Cik Man berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan.

+ - reset