TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis cari waris budak lelaki ditemui bersendirian di tepi Lebuhraya SILK

By
|
Kongsi
image

 

KAJANG 5 Ogos - Polis sedang mengesan waris kepada seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui bersendirian di tepi Lebuhraya Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) berhampiran AEON Cheras Selatan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan kanak-kanak terbabit pada kira-kira jam 4.30 petang.

Menurut beliau, pihak polis masih belum memperoleh maklumat identiti kanak-kanak berkenaan kerana mangsa tidak boleh bercakap, namun berada dalam keadaan baik.

"Kanak-kanak itu dianggarkan berusia lapan tahun dengan ketinggian 120 sentimeter (cm) dan berat 30 kilogram (kg).

"Ketika ditemui dia memakai baju T-shirt berwarna hitam putih dan berseluar kelabu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Naazron berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan identiti atau waris kanak-kanak berkenaan diminta tampil menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

"Maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan B Karunagaran di talian 012-2449414," katanya.

+ - reset